Pemergian yang dicmburui, anggota p0lis mninggal duni4 ketika imamkan s0lat subuh di surau

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Balai Polis Goh Tong Jaya berpangkat Sarjan Mejar (SM) dilaporkan meninggal dunia semasa mengimamkan solat Subuh di sebuah surau di Batang Kali, Hulu Selangor, pagi tadi.
Allahyarham Sarjan Mejar Rosli Maskan, 56, dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi, di Surau Al-Muttaqim, Tamu Hill Park, Batang Kali dipercayai mengalami masalah jantung.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arshad Kamaruddin, berkata Allahyarham meninggal dunia ketika mengimamkan rakaat pertama solat Subuh.
“Allahyarham bertugas di balai polis berkenaan sejak dua tahun lalu dan sentiasa komited dalam melaksanakan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Balai Polis.
“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, khususnya Balai Polis Goh Tong Jaya, amat merasai kehilangannya dan akan berusaha memberikan bantuan kepada warisnya selepas ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu, untuk ujian saringan COVID-19.
Allahyarham Rosli meninggalkan seorang isteri, Rossilawati Abd Rahim dan empat anak akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Kuantan, Batang Kali.
Sumber : wowberitamy
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri