Uncategorized

“Dia peluk saya dan dia nangis snggup dtg dari jauh..” Macik kemboja terharu peminat ini snggup datang.

Usahawan yang dikenali sebagai Mak Cik Kemboja menganggap ujian yang menimpa dirinya sebagai takdir yang sudah ditulis Allah.

 

‘Tanda Allah sayang’
Mak Cik Kemboja
Menerusi hantaran di TikTok, Mak Cik Kemboja atau nama sebenarnya Mariyah Yaakob berkata, ujian yang diturunkan untuknya itu merupakan tanda Allah menyanyangi dirinya.

Katanya, dia percaya setiap kesusahan dan ujian yang dilalui akan berakhir dengan kebahagian.

Saya anggap apa yang berlaku dalam hidup ini semua sudah ditulis Allah. Allah dah tetapkan segalanya.

Semua yang berlaku pada saya merupakan qada dan qadar Allah, jadi saya didik diri saya, apa ujian yang Allah bagi itu maknanya saya mampu jalani.

Saya tidak pernah sesekali pertikaikan ujian yang Allah turunkan kepada saya.

Saya anggap apa yang berlaku sebelum ini kerana Allah sayang saya. Dalam setiap kesusahan akan diakhiri dengan kesenangan.

Dalam perkongsian sama, Mak Cik Kemboja berkata dia terharu apabila ada segelintir netizen yang memberikan kata-kata semangat buatnya.

Ramai pelanggan saya yang hantar DM dan mesej mendoakan saya kuat serta sabar dengan ujian ini.

Sewaktu saya buat live dekat TikTok tadi pun rasa sebak dengan ucapan orang ramai, tapi pada saya buat apa menangis tentang dunia, saya patut menangis tentang akhirat.

Pada Khamis lalu, Mak Cik Kemboja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas tuduhan mengeluarkan kenyataan dan memulakan komunikasi video jelik mendakwa orang Melayu sebagai malas di media sosial, bulan lalu.

Sumber: TikTok/mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *