Uncategorized

[VIDEO] Pemuda Terpegun Melihat Kecantikkan Elisya Sandha Raih Perhatian Ramai!-“Dia Tenung Macam Nak Makan!”

Siapa yang tidak kenal dengan Nur Elisya Sandha Hassan atau lebih dikenali sebagai Elisya Sandha yang merupakan seorang pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia.

Elisya Sandha juga merupakan adik kepada pelakon dan penerbit hebat Malaysia iaitu Fasha Sandha. Elisya Sandha mula berkecimpung bagi menghiasi drama dari tahun 2014 sehingga ke hari ini.

Elisya berkahwin dengan anak sulung pelakon wanita terkenal Malaysia iaitu Sheila Rusly, Uzair Haqimy Azman pada 21 Ogos 2021 yang lalu. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Bunga Elhaq.

“Bukan Lelaki Je, Kami Yang Perempuan Tengok Pun Terpesona”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @inayahbeautytrading yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 553 ribu, tanda suka sebanyak 14 ribu dan sebanyak 434 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Elisya Sandha yang sedang memesan minuman di sebuah Shopping Mall sambil diperhatikan seorang pemuda disebelahnya.

Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Elisya Sandha merupakan seorang yang sangat cantik apabila berjumpa di luar kaca tv. Mereka juga terhibur melihat reaksi pemuda yang berada di sebelah Elisya Sandha itu.

“Kenapa abang tu bengong sekejap?? hahaha”

“Agaknya apa la dalam hati lelaki tu kata ea”

“Macam nak telan dia tengok, pandang pertama biasa, pandang kedua dan tenung dosa besar sebab jatuh napsu serakah”

“Abang tu macam ‘dia ni tinggal kat bumi ke’”-kata mereka

Apa-apa pun, tidak kiralah cantik seperti apa sekalipun, tidak perlulah untuk menenung sebegitu rupa dan menjaga pandangan lebih baik. Serta pakaian juga memainkan peranan untuk tidak ditenung serta menjadi perhatian orang lain. Sama-sama kita merubah diri menjadi yang lebih baik pada masa akan datang.

Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *