InfoSemasa

Pendakwah terkenal, Utz Ebit Lew dihadapkan di mahkamah.

PETALING JAYA : Sebelas pertuduhan dibuat terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsaApp.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, kesemua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di Tenom, Sabah antara bulan Mac sehingga Jun tahun lalu terhadap seorang wanita.

Kata beliau, jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai diharap tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan prosiding perbicaraan berjalan lancar,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, prosiding bacaan kali pertama kes gangguan seksual dipercayai berlangsung di Mahkamah Tenom, Sabah.

Pada 3 Februari lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kertas siasatan kes gangguan seksual melibatkan Ebit hampir lengkap.

Abd. Jalil dilaporkan berkata, pihaknya hampir melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk semula kepada pejabat Peguam Negara (AGC).

Julai lalu, siasatan terhadap pendakwah terkenal berusia 37 tahun dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber : utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button