Uncategorized

[VIDEO] Tayang Duit Dalam Akaun Bank, Cik B Pernah ‘Spend’ Lebih RM1 Juta Sebulan?

Di TikTok, usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) berkongsi gelagat anak-anaknya ketika memberitahu perbelanjaan bulanan dan jumlah wang yang ada di dalam akaun bank mereka.

Banyaknya beli????

Menerusi perkongsian tersebut, netizen meluahkan rasa terkejut apabila cik b atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menunjukkan dia pernah berbelanja kira-kira sejuta ringgit pada bulan Julai lalu.

Pada masa yang sama, Cik B turut menunjukkan perbelanjaan pada November lalu iaitu RM23,000. Berikutan daripada pendedahan tersebut, DSV dipercayai terkejut melihat perbelanjaan anak perempuannya itu.

Cik B spend 1 juta. Aiyo. Oh spend Aiyo takut aku banyaknya beli. Apa yang dia beli sampai sejuta?

Sementara itu, adiknya pula enggan berkongsi jumlah perbelanjaan namun memaklumkan dia lebih suka menyimpan duit. Bukan itu sahaja, dua beradik ini juga menunjukkan baki wang yang masih ada di dalam akaun mereka.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengusik dan menyatakan hasrat ingin berkawan dengan kedua-dua remaja berkenaan.

Kredit: tiktok DSV

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *