Pernah terima ‘komen pedas’ dari Mas Idayu seperti Sissy Iman, baby Shima akhirnya tampil bersuara

Pernah mengalami situasi sama seperti Sissy Imann, penyanyi Baby Shima menganggap komen ‘pedas’ Mas Idayu semasa menjurikan program Famili Duo baru-baru ini merupakan satu bentuk teguran biasa.
Kata Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, 31, teguran yang diberikan oleh Mas Idayu atau lebih mesra disapa mummy itu menjadikan dia lebih bersemangat untuk bangkit memperbaiki mutu nyanyian.
“Semasa dimarahi mummy (Mas Idayu) dahulu saya diam sahaja dan terima semua komen tersebut sebab tahu saya buat salah.
Teguran Mas Idayu sebelum ini buatkan Shima semakin dikenali
“Bagi saya ia teguran membina dan kita harus belajar dari kesilapan. Kritikan mummy pedas dan berisi! Setiap orang ada cara berbeza dalam memberi teguran dan takkanlah mummy nak menjadi orang lain.
“Yang salah tetap salah. Selalunya yang kena marah akan memberikan persembahan lebih baik pada minggu hadapan,” katanya kepada mStar.
Sebelum ini, komen pedas yang diberikan oleh Mas Idayu kepada salah seorang peserta program Famili Duo iaitu Sissy Imann menjadi bualan hangat netizen.
Rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan teguran yang diberikan oleh Mas Idayu selaku juri tetap dalam pertandingan nyanyian itu. Dalam itu, Shima menyifatkan Mas Idayu sebagai seorang juri yang jujur dan bersikap berterus-terang dalam menjurikan sesebuah program nyanyian.
“Mummy adalah antara juri program yang paling bagus sebab dia tak fake tentang persembahan. Berbanding artis lain yang lebih kepada memuji sedangkan tahu persembahan peserta itu teruk.
“Kalau tidak ada komen sebegitu sampai bila-bila peserta itu tidak tahu kesalahan yang dilakukan,” ujarnya.
Pada tahun 2017, Mas Idayu pernah menegur dan memberikan komen pedas kepada Baby Shima semasa menyertai program D’Academy Asia musim ketiga yang bersiaran di sebuah stesen televisyen Indonesia.
Teguran tersebut tular sehingga kata-kata Mas Idayu berbunyi ‘ada nampak mummmy happy’ popular digunakan sehingga hari ini. Mengambil hikmah dari teguran tersebut, Shima mengakui ia menjadi salah satu faktor namanya mula dikenali di negara republik itu sehingga berjaya menjadi salah seorang artis di sana.
Tangisan Sissy selepas ditegur Mas Idayu hangat diperkatakan
“Disebabkan teguran itulah telah membuka jalan untuk saya terus kembangkan kerjaya di Indonesia dan Malaysia.
“Jadi saya anggap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Bukan sahaja boleh baiki diri sendiri, malah juga beri peluang baharu buat saya,” jelasnya.
Pada Ahad lalu, Sissy tidak dapat menahan air mata apabila menerima kritikan daripada Mas Idayu selepas dia menyampaikan lagu berjudul Jampi bersama pasangan duetnya, Naim Daniel.
Ramai penonton kurang bersetuju dengan tindakan Mas Idayu memberi komen secara terbuka kerana dianggap menjatuhkan maruah seorang artis.
Dalam pada itu,PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi nasihat dan meminta Sissy Iman supaya lebih terbuka dan tidak berputus asa selepas menerima komen pedas juri Famili Duo iaitu Mas Idayu semasa program itu bersiaran pada Ahad lalu.
Menurut Siti, 44, apa yang dilalui oleh Sissy itu merupakan sebahagian daripada cabaran yang perlu dihadapi apabila menyertai pertandingan nyanyian dan ia hanyalah bersifat sementara.
“Adik (Sissy) janganlah putus asa. Dalam industri ini itulah sepak terajang yang perlu dihadapi. Apabila dalam pertandingan kenalah berlapang dada membenarkan diri dikritik walaupun pedih di hati.
Siti sudah berpesan kepada Saida dan Saerah supaya bersedia dengan kritikan.
“Setiap juri ada cara menegur mereka sendiri. Saya percaya Sissy terkejut dan tidak sangka menerima teguran begitu… tapi rasa sakit dan jauh hati itu akan berlalu pergi,” katanya kepada mStar.
Siti berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Malam Bulan Bintang yang diadakan di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu.
Mengulas mengenai komen dan cara penjurian Mas Idayu, Siti berkata itu adalah sifat sebenar penyanyi lagu Robek Hatiku ini seperti mana yang pernah dia tonjolkan ketika menjadi juri dalam beberapa program lain.
“Mengenali Mas Idayu, itulah dia orangnya. Dari sudut positif, mungkin dia menegur kerana telah masuk minggu keenam dan sepatutnya persembahan lebih baik.
“Saya juga pernah menjadi juri, tapi karakter saya bukanlah begitu. Saya pula tak tahu nak marah-marah orang kalau memberi komen,” ujarnya.
Dalam pada itu, Siti sempat meninggalkan pesanan kepada kakak dan adiknya iaitu Siti Saida dan Siti Saerah yang juga bersaing dalam program terbitan TV3 itu.
Dari sudut positif, mungkin dia menegur kerana telah masuk minggu keenam dan sepatutnya persembahan lebih baik
DATUK SERI SITI NURHALIZA
PENYANYI
“Saya sudah pesan kepada adik-beradik saya bahawa netizen akan bercakap dan Mas Idayu ada sebagai juri. Saya minta mereka bertenang sahaja terima teguran. Apa yang penting ada perkembangan baik setiap minggu,” katanya.
Dalam konsert yang bersiaran secara langsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu persembahan Sissy dan Naim menyampaikan lagu Jampi versi keroncong menerima kritikan Mas Idayu.
Teguran itu menyebabkan Sissy menangis di atas pentas dan terus meninggalkan dewan selepas tamat persembahan.
Sissy menangis selepas menerima komen Mas Idayu di konsert minggu enam Famili Duo.
Ia menerima perhatian banyak pihak dan ada antaranya yang kurang bersetuju dengan kelantangan Mas Idayu ketika memberi komen terhadap seorang penyanyi yang sudah mencipta nama dalam industri.
Dalam perkembangan lain, Siti bakal terlibat dalam konsert Malam Bulan Bintang yang akan berlangsung pada 4 Mac depan di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Selain Siti, konsert itu turut menampilkan beberapa artis ternama seperti Datuk M Nasir, Sabyan dan Faizal Tahir.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: