Hiburan

Liza Hanim tidur, netizen pula terhibur lihat reaksi Alif Satar diumum pemenang!

Umum sedia maklum kesemua finalis di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) telah memberikan persembahan yang terbaik buat para penonton yang berada di Axiata, Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur mahupun di rumah.

Liza Hanim tidur sekejap!

Bagaiamanpun, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh TV3 Malaysia di laman TikToknya, gelagat penyanyi Liza Hanim telah berjaya mencuri perhatian ramai gara-gara dia berseloroh dengan tidur sekejap ketika menunggu keputusan barisan pemenang.

Dalam video yang berdurasi pendek itu, beberapa aksi yang mencuit hati telah berjaya di rakam oleh pihak televisyen yang menunjukkan beberapa orang artis sedang leka berbual bersama rakan telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Muka Alif Satar terkejut betul tu!

Bukan itu sahaja, netizen turut terhibur dengan perubahan riak wajah penyanyi Alif Satar yang begitu terkejut apabila lagu Anugerah Terindah bersama The Locos telah diumumkan sebagai tempat ketiga sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 bersama sebuah trofi.

Dalam pada itu, ramai yang berkesempatan menitipkan ucapan tahniah buat para pemenang yang berjaya mendapatkan tempat dalam pertandingan berprestij tersebut.

Aku focus kt kak liza hanim .. pe die tgh buat tu … taw laaa dh nk kol 1 pagi … relax2 

Congrats Alif and the Locos. Suara power mendayu je. and saxafon ka apa tu nama, power bang.

Akhirnya Penantian Lama Utk Dapat Top 3..Asyik Jadi Hos..Sekali Masuk Naaahhh Menang.. Alhamdulillah.. Congratulations @Alifsatar And Band

Tahniah alif satar.. sis ngn hubby bru tgk persembhan zul fly kt wisma tnb bangsar.. mmg merdu bunyi saxofon nye

Sekadar info, penyanyi Aina Abdul telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) dan telah membawa pulang hadiah utama berjumlah RM100,000 dan sebuah trofi.

Malah, dia juga membawa pulang trofi Vokal Terbaik apabila persembahannya melayakkan penyanyi berusia 29 tahun itu untuk merangkul trofi berserta wang tunai RM12,000.

Video,

Sumber: TikTok @TV3 Malaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *