Beberapa ciapan dari akaun Twitter milik kakak kepada isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar iaitu Yasmin Kaza didakwa menyindir Puteri Sarah dan keluarga Datuk Yusof Haslam.
Menerusi satu ciapan, kakak Ira itu didakwa mempersoalkan tindakan Puteri Sarah yang kerap memuatnaik hantaran di Instagram.
“Rosaklah perempuan perempuan yang suka ‘viral’ sana sini acah acah tersakiti dicurangi. Semua nak kongsi pada masyarakat lepas tu lalu di Timeline aku. Bodoh menyampah aku tengok. Engkau orang tak ada Tuhan ke?” ciapnya.
Selain itu, wanita itu turut menyifatkan tindakan Puteri Sarah adalah lucu.
“‘Kind a funny’ bila kau tak suka ‘fake account’ ganggu tapi tak sekat. ‘Kinda hilarious’ bila kau siap ‘pinned’ fitnah dari ‘fake account’. ‘You are damn funny, girl’. Oh and fake too,” tulisnya.
Tindakan kakak Ira itu mula mendapat perhatian dan mula diperkatakan dalam kalangan warganet menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Puteri Sarah.
“Tengok IG akak dia Yasmin Kaza, ‘if not mistaken’ asyik nak menangkan adik dia ja. Pelik kalau aku jadi kakak, adik buat perangai memang takkan mengaku adik buang jauh-jauh terus,” komen seorang pengguna.
Terdahulu..
Ira Kazar kantoi buat akaun IG baru, siap letak foto DP bersama suami. Tak sangka foto ini jadi pilihan Ira
Sebelum ini, Instagram Ira Kazar lesap, mungkin sudah dinyah aktifkan sejurus selepas kontroversi pengakuan Syamsul Yusof yang sudah berkahwin dengan dirinya. Baru-baru ini katanya Ira dah membuka akaun Instagram baharu menggunakan nama @Irakazarofficial.
Menerusi Instagram tersebut, Ira menulis bio ‘Dont Disturb me’. ‘Im Happily Married’. Difahamkan dia juga dilihat memuat naik gambar suaminya, Syamsul beserta kapsyen ‘sweet’.
Ira juga meminta ‘haters’ supaya jangan mengambil ketenangan hidupnya. Tambah Ira, ketenangan itu hak milik mutlak peribadi. Syamsul dan Kazar juga dilihat mengikuti akaun tersebut.Tak pasti adakah benar Ira atau akaun palasu sahaja
Ada Sesuatu Yg Netizen Nampak Pada Gambar Nikah Syamsul Dan Ira Kazar. Memang Tajam Mata Netizen
Masih belum reda lagi kisah rumahtanggan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah apabila Pengarah terkenal, Syamsul Yusof membuat pengakuan telah berkahwin lagi satu.
Pengarah prolifik itu mengesahkan sudah menikahi Ira, yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi, di Thailand. Dia, bagaimanapun, tidak memaklumkan tarikh bilakah majlis pernikahan berlangsung.
Sepanjang tahun lalu, kontroversi rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mendapat liputan meluas media tempatan.
Bagaimanapun, baru-baru ini, netizen telah menemui satu ‘rahsia’ yang baru apabila mereka mendapati ada sesuatu yang pelik pada gambar perkahwinan Ira Kazar dan Syamsul Yusof.
Mana tidaknya, dengan ketajaman mata netizen, mereka mendakwa stoking yang disarungkan oleh Ira Kazar itu adalah stoking bola yang dipercayai kepunyaan suaminya, Syamsul Yusof.
Pakai stoking bola Syamsul ke?
“Siapa suruh kahwin kat Thailand, kan persiapan dah jadi kelam kabut. Terpaksa pakai stoking bola Sol. Benda dah pakai nak buat macam mana kan?,” ujar individu tersebut di dalam video.
Tajamnya mata netizen!
Mereka siap jumpa stokin yang sama di internet.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pemilik video berkenaan yang begitu gigih meneliti setiap inci yang dipakai oleh isteri kedua Syamsul Yusof tersebut.
Mana tidaknya, ramai yang kagum dengan ketajaman mata yang dimiliki oleh pemilik video berkenaan sedangkan netizen yang lain tidak perasan dengan penampilan yang digayakan oleh Ira Kazar.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Syamsul Yusof akhirnya membuat pengakuan di laman Instagramnya dimana dia sudah mengahwini Ira Kazar di Thailand.
Pendedahan tersebut telah menyebabkan ramai pihak yang tidak berpuas hati dan meluahkan rasa kasihan terhadap dugaan yang prlu dihadapi oleh isteri pertamanya, Puteri Sarah.
Sumber: HM online | TikTok @cikrvv_ via OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih