RAMAI MENGANGGUR SEJAK COVID-19, GADIS MUDA INI BINA PLATFORM PENDIDIKAN BERTERASKAN INDUSTRI DENGAN LEBIH FLEKSIBEL

Perasan tak suasana bekerja di Malaysia sudah berubah. Kebanyakan mereka kini lebih memilih untuk bekerja sendiri terutamanya sejak pandemik berlaku.
Ada yang kecewa apabila gaji mereka dipotong begitu tinggi. Ada pula yang terpaksa dibuang. Benar, ini bukan masa untuk salahkan majikan. Sesiapa sahaja sedang bertungkus-lumus untuk keluar dari masalah kegawatan ekonomi.
Bahkan, ratusan ribu mahasiswa di Malaysia dilaporkan menganggur. Pastinya statistik ini menggusarkan ramai pihak.
Macam mana nak survive? Macam mana nak bantu keluarga mendapat pendapatan?
Kami menemu ramah Cena Yahya yang merupakan pengasas KongsiSkill. Usaha ini mula terbina apabila sedari ramai yang ingin menjana pendapatan namun kurang mentor bagi pengusaha kecil.
Konsepnya mudah sahaja, ada yang berbakat dalam komunikasi. Namun, tidak tahu untuk menjadi freelancer sebagai tutor komunikasi.
Maka, boleh sertai course KongsiSkill.
Katanya lagi, KongsiSkill.com dibina bagi memberi sebuah akses pendidikan agar lebih ramai mampu menjana pendapatan dengan perkara yang diminati dengan cara lebih fleksibel.
Dari memasak, design mahupun menjadi tutor. Semua course ini disediakan KongsiSkill.
Untuk tahun 2022, gadis ini membuka peluang kepada lebih ramai yang rakan kolaborasi yang ingin menjadi mentor dan mencipta course sendiri bersama KongsiSkill. Hubungi sahaja pihak mereka untuk proses saringan.
Bukan itu sahaja, e-voucher RM50 akan diberikan khas untuk graduan baru bermula dari tahun 2019 jika mendaftar secara percuma sebagai ahli komuniti.
Untuk maklumat lanjut, pergi ke fb page kongsiskill.
Sumber : jurnalisbebas
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.