Ramai Terkejut Amyza Aznan Muncul Di Famili Duo, ‘Kain Belah’ Jadi Bualan. Akhinya Dia Ceritakan Perkara Sebenar

Rancangan realiti TV yang satu ini semakin menjadi bualan hangat ramai. Famili Duo adalah sebuah rancangan yang menampilkan perserta yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan bertanding merebut gelaran juara.
Bagaimanapun, dalam satu episod terbaharu yang ditayangkan malam tadi menjadi antara yang membuatkan ramai tertarik untuk meninggalkan komen.
Persembahan dari adik-beradik anak kepada Jamal Abdillah iaitu Zaki dan Yamani itu membuatkan ramai terkejut.
Manakan tidak kehadiran Amyza Aznan muncul sebagai ‘penyeri’ di persembahan Famili Duo menerusi nyanyian Zaki dan Yamani. Malah penampilan pelakon senior itu turut menjadi buah mulut penonton.
Berikut adalah persembahan Zaki dan Yamani dengan Amyza Aznan muncul di Famili Duo tersebut yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Xtra:
Nampaknya Amyza Aznan tampil cukup berani dengan pakaian yang agak ‘terdedah’ di bahagian bawahnya. Penampilan Amyza Aznan ini dianggap belanja habis oleh netizen yang rata-ratanya terkejut dengan kehadiran pelakon tersebut.
Di ruangan komen, ramai juga yang menegur pemakaian Amyza Aznan di pentas rancangan realiti televisyen tersebut. Berikut antara yang diluahkan ramai:
“Dah pangkat mak cik adoi kak”

“Merisaukan keadaan yee”

“Kain tak sempat nak jahit. Benang habis..Moga baik2 je. TV3 please alert”

“Cer tengok betul2 kan Miza ada pakai seluar panjang tu. Seluar dia warna kulit. Itu yang ramai tak perasan kan”

Pakai seluar warna kulit katanya
Walau bagaimanapun, pelakon drama Rindu Kasih ini menyatakan yang dia memakai seluar berwarna kulit dan tidak berapa kelihatan di ruangan komen posting yang dibuat di Instagram.
Dalam persembahan yang dibuat oleh anak-anak penyanyi tersohor Tanah Air iaitu Datuk Jamal Abdillah itu, Amyza telah membuat penampilan istimewa apabila menyorok di sebalik tirai dan hanya menampakkan bayang-bayangnya sahaja.
Di pertengahan persembahan yang dilakukan oleh Yamani dan Zaki, pelakon itu telah muncul dan mendapat sorakan gemuruh daripada penonton.
Sumber: Instagram TV3, Amyza Adnan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: