Semasa

Rayuan Tidak Berjaya, Ali Puteh Kena Bayar Ganti Rugi. Ini Kata Kata Dari Hidayah Buat Ramai Yang Sokong Beliau

Kuala Lumpur – Pelawak Ali Puteh g.agal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan M.ahkamah Sesyen yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi berjumlah RM 60,000 kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali kerana memfi.tnah dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu.

Sementara itu, rayuan Siti Nor Hidayah untuk menaikkan jumlah ganti seperti yang diperintahkan m.ahkamah pada 18 Februari lalu selepas membenarkan tuntutan s.amannya, turut ditolak oleh Ahmad Shahrir.

Enggan Ulas, Tak Rasa Sudah Menang

 

B.alu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nor Hidayah Mohd Ali enggan mengulas keputusan Ma.hkamah Sesyen, hari ini yang memerintahkan adik iparnya, Ali Puteh membayar ganti rugi berjumlah RM 60,000.

Siti Nor Hidayah ketika dihubungi berkata, dia lebih gemar mengambil sikap mendiamkan diri bagi tidak meng.eruhkan keadaan yang boleh memanjangkan k.emelut antaranya dengan keluarga arwah suami.

“Saya tidak mahu ulas, rasanya berdiam diri jalan terbaik agar tidak mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Ibu kepada cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 3, itu juga tidak menganggap keputusan m.ahkamah sebagai perkara yang harus dibanggakan.

“Tidak saya langsung tidak merasakan sudah menang,” jawabnya ringkas.

Dalam pr.osiding yang berjalan secara Zoom, pagi tadi, rayuan Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, untuk mengetepikan keputusan m.ahkamah yang memerintahkannya membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada kakak iparnya itu ditolak Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh.

M.ahkamah turut menolak rayuan Ali dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan m.ahkamah sama yang menolak tuntutan s.amannya terhadap usahawan k.osmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Siti Nor Hidayah, berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun YouTube usahawan k.osmetik itu.

K.emelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga Ali terc.etus selepas pemergian Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, yang mening.gal dunia pada 10 Februari 2020 a.kibat demam panas.

Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah meny.aman Ali berhubung kenyataan dibuat pelawak itu menerusi akaun IG. Antara lain menggambarkan wanita itu seorang isteri yang j.ahat dan t.amak harta pusaka suaminya.

Ali dan tiga ahli keluarganya juga memfailkan s.aman terhadap Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah atas d.akwaan berkonspirasi dengan niat menjatuhkan maruah dan mengai.bkan dengan menerbitkan serta memuat naik video temubual yang disiarkan secara langsung dalam akaun YouTube usahawan k.osmetik itu.

Rata-rata warga netizen berpuas hati dengan keputusan m.ahkamah. Antara komen ditinggalkan pengikut laman Facebook, netizen meminta Ali menunaikan bayaran ganti rugi diperintahkan m.ahkamah.

“Tunaikan bayar ke baluarwah, yang berhak,” tulis pembaca di Facebook.

Seorang lagi pengguna pula berharap kemelut itu akan menjadi pengajaran untuk semua.

“Jadi pengajaran untuk semua, jangan n.afikan hak orang yang sepatutnya. Faham hak anak isteri dalam Islam, moga arwahAbam di tempatkan bersama ahli syurga. Amin, Al-Fatihah,” tulis seorang pembaca.

Kredit : BH/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *