Uncategorized

Shuib masih tk boleh ‘move0n’? Bawa watie mkn lpas tu bgtau itu kedai mkn kegemaran arwh

Sejak mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu, apa sahaja yang dikongsikan pelawak Shuib dan isteri Watie Hanifiah di laman sosial pastinya mencuri perhatian wargamaya. Kedai makan kegemaran Sarah.

Terbaharu, menerusi sepotong video yang dikongsikan di Instagram, Shuib dan Watie dilihat keluar makan tengah hari bersama di sebuah kedai yang terletak di sekitar ibu kota.

Menurut Shuib, kedai makan tersebut merupakan kedai kegemaran bekas isterinya, Allahyarham Siti Sarah sejak 13 tahun lalu.

 

 

Malah, Shuib atau nama sebenarnya Muhammad Shahmira berkata arwah perkenalkan kedai itu kepadanya ketika mereka sedang bercinta.

Dah makan dekat sini (kedai makan) dekat 13 tahun. Yang perkenalkan tempat ini Siti Sarah masa bercinta dulu.

Sarah dah makan makan dekat sini dari zaman sekolah lagi dan memang tempat ni favourite untuk makan tengah hari, fuh rare kan.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat antara juadah yang dinikmati mereka antaranya siput sedut, ikan keli dan beberapa lagi.

Dalam pada itu, Shuib akui gembira apabila Watie turut jatuh cinta dengan juadah di kedai berkenaan dan meminta usahawan itu untuk menemaninya lagi selepas ini.

Ini pertama kali bawa Watie datang makan dekat sini, yes dia suka. Awak teman saya makan dekat sini pula ok.

Tempat ini penuh kenangan, makan tengah hari sedap gila! Siapa tahu tempat ini?

Terdahulu, pada 23 Jun lalu, Shuib dan Watie sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz dalam sebuah majlis yang berlangsung di Shah Alam.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kedua buat Shuib apabila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi popular Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *