Uncategorized

Uqasha Senrose dituduh tak jaga jarak bergambar dengan Azhar Idrus, ini jawapan tuan punya badan

TINDAKAN pelakon Uqasha Senrose berkongsi foto bersama Azhar Idrus menjadi bualan ramai apabila dia didakwa tidak menjaga batas dan bergambar terlalu rapat dengan pendakwah terkenal berkenaan.

Enggan memanjangkan isu berkenaan, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, menjelaskan dia tahu batasnya sebagai seorang wanita dan foto itu tidak menggambarkan situasi sebenar.

Uqasha sebaliknya memberitahu sudut dan sisi gambar yang dilihat membuatkan mereka kelihatan rapat walaupun sebaliknya.

 

 

 

“Orang kanan kiri tolak jadi tak seimbang kami berdua Ya Allah hai.

 

 

“Tak perlu kot mulut itu memandai kalau tak ada dekat tempat itu. Sudut dan sisi awak tengok itu nampak macam itu. Saya tahu batas saya,” katanya.

Uqasha menjawab perkara itu di ruang komen hantaran Instagram miliknya bagi membalas semula tuduhan pengikutnya.

Menerusi foto yang dikongsikan itu juga memaparkan Uqasha mengenakan jubah berwarna krim berdiri di sisi Azhar sambil dikelilingi orang ramai.

Bagi memuaskan hati semua pihak, Uqasha turut memuat naik foto sama dalam sudut berbeza bagi menampakkan perbezaan jarak yang dijaga semasa bergambar dengan pendakwah tersebut.

“Ini dari sisi lain, tak nak orang fitnah cakap saya rapat tak tentu fasal, macam-macamlah manusia ini,” luahnya.

 

Kamal turut menjelaskan situasi sebenar kejadian.

Sementara itu, suami Uqasha iaitu pelakon Kamal Adli pula memberitahu dia akan menegur isterinya itu jika dia melakukan kesalahan.

“Sabar yang lain, kalau rapat sangat saya yang tegur siap-siap dah. Itu angle kamera sahaja, jangan mudah nak menaip itu ya.

 

“Kalau rapat sangat pun, lari dah ustaz itu. Dahlah cukuplah korang. Apa pun ustaz terbaik, insya-Allah,” ujarnya.

Sumber: mStar

 

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *