Info

“Saya Sudah 2 Tahun Tiada Job, Saya Sedia Berdamai Dengan Hidayah..” – Ali Dedah Tak Mampu Bayar Saman Secara…

“Saya sudah 2 tahun tiada job, Saya sedia Berdamai dengan Hidayah..” – Ali dedah tak mampu bayar saman secara…

ENGGAN BERMUSUH – ALI PUTEH SEDIA BERSEMUKA DENGAN HIDAYAH & SELESAI SEMUANYA SECARA BAIK

“Saya bersedia untuk bersemuka dengannya dan menyelesaikan semuanya secara baik. Sebelum ini satu sebuah stesen televisyen yang mahu temukan kami, tetapi bagi saya jika mahu berdamai tidak perlulah diberitahu kepada khalayak. Tidak perlu dihebahkan atau diviral.

“Tak perlu! Kalau saya jumpa pun, biarlah saya lakukan sendiri. Kalau kita nak bermusuh selamanya pun tak ada guna. Aib keluarga saya tak pernah hebahkan pun,” itulah kata pelawak Ali Puteh memberitahu dia bersedia untuk bersemuka dengan balu kepada arwah abangnya, Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku.

Meskipun sudah dua tahun berlalu, namun kemelut antara Ali dengan Hidayah masih hangat diperkatakan lagi. Ujar Ali, dia tidak mahu jika ada pihak yang sengaja mahu menjadikan kisah mereka menjadi tontonan umum. Dalam pada itu, Ali turut berkata, dia sedia membantu Hidayah untuk menyelesaikan hal berkaitan tuntutan faraid.

“Dia juga boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan faraid dan sebagainya tanpa sebarang syarat. Emak dah meninggal dunia. Hanya tinggal ayah saya saja. Datang la jumpa kami, dia perlukan tanda tangan dari ayah. Tuntutan faraid itu bukan kerja solo. Kalau dia datang kenapa saya nak bertekak?” jelasnya.

Pada Februari lalu, balu Allahyarham Abam Bocey itu menang kes saman fitnah dan Ali Puteh diperintah membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya.

“Nak Kata Itu Rumah Kita Pun Bukan, Rumah Engkau Pun Bukan”, Rumah Masih Dalam Urusan Faraid, Ali Puteh Tanya ‘Sampai Bila Nak Bergaduh’

Kemelut berkenaan harta peninggalan pelawak terkenal, Allahyarham Abam Bocey antara adiknya, Ali Puteh dan balu arwah, Siti Norhidayah Mohd Ali seakan belum ada kesudahannya.

Menerusi siaran Melodi pada Ahad 19 Februari 2023, Ali telah membuat kenyataan menjelaskan bagi pihak dirinya yang dari awal dikecam netizen susulan tularnya video Hidayah menyatakan tidak diendahkan sewaktu datang ke kediaman arwah suami.

Video yang dikongsi buat orang pandang negatif

Menurut Ali, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Hidayah andai dia datang tanpa membuat sebarang rakaman.

Ujarnya, cara kakak iparnya itu membuatkan dia dihentam hebat netizen di media sosial kerana seolah-olah menggambarkan dirinya dan keluarga yang jahat.

“Pihak sana datang ke rumah, dakwa tak ada orang buka pintu, tak bagi masuk. Apa motif untuk kau berbuat begitu? Kau sebarkan video tu, siap minta viralkan video itu. 
“Niat mereka datang ke rumah itu, wallahualam. Ada komen netizen kata dia datang untuk tengok rumah dia. Nak datang, datanglah tapi janganlah buat video kata kita tak buka pintu, tak bagi masuk. Kita tak pernah larang pun siapa-siapa yang nak datang ke situ.” katanya.

Jiran2 yang komen tu sila tunjuk bukti

Mengulas berkenaan dakwaan jiran tetangga yang mengatakan terlihat dia di rumah tersebut, Ali dengan tegas meminta supaya mereka tampil membuktikan kesahihan komen-komen yang tular itu.

“Ada juga terbaca komen itu. Kalau betul jiran yang kata nampak saya dan keluarga di situ, tampil ke depan. Tak payah panggil media, buat video dan jumpa saya di sini. 
“Awak ingat fake akaun (FB) Tuhan tak nampak? Tuhan nampak. Kalau betul saya ada di situ, buktikan.”
“Kalau kata niat dia macam mana soalan itu tadi, datanglah. Kenapa nak halang? Nak kata itu rumah kita pun bukan, rumah engkau pun bukan, benda itu kan masih dalam urusan faraid. Siapa yang nak datang tu, datanglah.
“Tapi persoalannya, video awak itu menimbul persepsi pada orang lain yang mengatakan kita ini jahat.” katanya lagi.

Hal saman masih berbincang dengan peguam

Ditanya benarkan Hidayah datang bersama peguam ketika itu untuk menuntut bayaran saman berjumlah RM60,000, Ali mengatakan yang semuanya telah diserahkan kepada peguam dan enggan menceritakan lebih lanjut perkara tersebut kerana menganggap ia terlalu privasi.

“Benda ini saya serahkan kepada peguam dan saya minta nasihat daripada peguam macam mana nak uruskan dan selesaikan. Tetapi perkara itu saya tak boleh dedahkan di sini. 
“Tapi awak jangan risau, jawapannya senang.. saya akan bayar dan bergantung kepada kemampuan kita untuk bayar secara lumpsum atau secara ansuran. Maknanya tuntutan itu akan dibayar juga” jelasnya.

Ali yang pernah menjuarai Maharaja Lawak Mega bersama kumpulan Puteh sedar disebabkan kontroversi ini, netizen mulai membencinya namun dia percaya dengan rezeki andai masih ada pihak yang ingin memberikannya kerja dalam industri seni.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mengatakan yang dia memang ingin menamatkan semua ini dan menyelesaikan masalah yang sudah lama berlarutan.

Dia berharap sangat masalah yang terjadi ini dapat diselesaikan secara kekeluargaan dan bukan menjadikan masyakat juri dalam hal ini.

Antara komen netizen,

Klu Kau Nak Faraid Sgt Jual La Umah Tu..Pastu Bahagi2kan La..Klu Kau Nk Umah Tu Xnk Jual Kau Yg Nk Kau Bayar La Bahagia Ank Arwah Gan Balu Dia Benda Mudah Kau Nk Ssh2 Ape Hal Ali..Kau Punye Bengap Mmng Dari Dulu Lg Ke Mcm Mane

Soalan Aku 1 Je… Siapa Lawyer Atau Penasihat Dia??? Statement Dia Mmg Dtg Dr Hati Dia Yg Ikhlas Ke?

The ‘ Engkau ‘ Sangat Laa Kuang Ajo..Mcmtuu Ke Ko Panggil Kakak Ipar Ko? Dayah, Srh Dia Byr Saman Full!!! Haihhh Jenis² X Reti Nak Respect Org Lain Mcmni La. ,L

Bermakna Itu Rumah Hantu. So Kau Tak Boleh Dayah Pun Sama. Patut Otak Ko Pikir Gitu Lah Tapi Still Adik Beradik Ko Duduk. Walaupun Ko Kata Urusan Belum Selesai Tanpa Ada Hitam Putih Rumah Tu Milik Arwah Abam Yg Ditinggalkan Kepada Isteri Dan Anaknya..

Bkn Ke Dah D Putuskan Oleh Mahkamah Rumah Tu Hak Hamzah Ank Arwah Abam? Hermmm… Org Tamak Selalu Rugi… Tp Dlm Kes Ko Ni… Org Tamak Sll Kn Kecam, D Permalukan Dan D Persendakan… N Rugi Gak Sbb Ambik Mudah Semuanya… OK La Ali Itam… Good Luck Kl Ada Luck Laa… Wallahhuaklam

Sumber: Yoy The Klasik

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *