Uncategorized

Sekejap dah besar, pelakon Mona Allen tunjuk wajah terkini anak lelaki buat ramai peminat teruja

Cahaya mata mungil ini diberi nama Petra Pekin kini sudah memasuki usia hampir tiga bulan. Seperti kebanyakan ibu bapa lain, Mona Allen dan suaminya turut mengab.adikan momen indah si kecil untuk sesi fotografi khas buat Petra.

Mona Allen berkongsi beberapa keping foto istimewa keluarga kecilnya di laman Instagram miliknya khusus untuk tatapan para peminatnya.

“You complete me. Photoshoot bersama anakanda tercinta dengan team yang hebat,” tulis Mona.

Rata-rata warganet memuji kecomelan zuriat Mona Allen dan Pekin yang disifatkan banyak mewarisi raut wajah Mona yang berdarah campuran Melayu Scotland.

Tak Sanggup Tengok Anak Kehausan

Dalam perkembangan terkini, bagi memastikan bayinya mendapat nutrisi secukupnya, pelakon Mona Allen memberitahu dia sangat menitikberatkan soal penyusuan untuk Petra Pekin.

Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 36, berkata dia mencuba pelbagai cara untuk memastikan susu badannya sentiasa mencukupi kerana tidak sanggup melihat Petra menangis kelaparan.

“Selagi ada susu dibadan mummy, akan mummy berikan seluruhnya pada kamu. Biarlah mummy terpaksa minum dan makan banyak untuk pengeluaran susu yang optimum, janji kamu ceria dan sihat sentiasa.

“Biarlah mummy terpaksa berjaga malam untuk menyusukan kamu, janji kamu tidak menangis kehausan.

“Biarlah mummy duduk berjam-jam lamanya, janji kamu selesa menyusu dalam keadaan begitu. Biarlah mummy bawa kamu ke sana ke sini, janji kamu tidak p.utus susu dgn mummy,” katanya.

Mona berkongsi mengenai perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Sekejap Dah Besar

Bukan itu sahaja, Mona juga mengaku bukan mudah menyusukan anak lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan masalah kekurangan susu badan.

“Ya. Mummy mengaku penyusuan bukan semudah ABC. Bila susu dr.op. Mummylah orang yang paling sedih dan s.usah hati,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Mona bersyukur apabila suaminya iaitu Pekin Ibrahim, 41, sentiasa menghulurkan bantuan dan sentiasa berada di sisi.

“Mujur Daddy banyak membantu. Daddy selalu urut belakang Mummy untuk memperbanyakkan penghasilan susu. Daddy juga sentiasa belikan mummy makanan yang sedap-sedap.

“Bila mummy terlelap, daddy biarkan mummy rehat dan tidur sebentar. Daddy mengerti, ini perjuangan mummy. Daddy sentiasa support mummy. Terima kasih Daddy,” kongsinya.

Dalam kesempatan itu juga, Mona turut berharap agar terus diberi kekuatan dalam memberikan yang terbaik buat anaknya selain memberi semangat kepada ibu-ibu di luar sana.

“Ya Allah. Kau murahkanlah rezeki susu buat anakku. Kau kuatkan kudratku untuk terus memberi susu yang terbaik buat anakku. Hindarkanlah perkataan m.alas dalam diriku dan kau berilah kesihatan yang baik untukku terus menjaga anakku.

“Anda ibu menyusukan anak? Jangan p.utus asa ya, sebab kita ibu yang hebat,” ujarnya.

Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga bersama Pekin pada 7 Disember 2018 dan mereka dikurniakan cahaya mata sulung pada 31 Ogos lalu.

 

Sumber: mstar | IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *