Info

“Selepas Lima Tahun Menderlta Sakit, Uji Rashid Dedh Keadaan Ank!” Kini Cico Dah Boleh Menyanyi Tapi…

 

Penyanyi popular era 70-an, Uji Rashid melahirkan perasaan syukur apabila keadaan kesihatan anaknya, Cico bertambah baik berbanding dulu.

Ia berdasarkan kemampuan Cico yang menyanyi pada program Meet & Greet Bersama Uji Rashid yang berlangsung di Scottage Cafe, Wangsa Melawati pada Sabtu lalu.

Dalam program itu, Cico menyanyikan lagu Getaran Jiwa nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee sebagai menyahut pelawaan penyanyi Alina Hassan serta pasangan suami isteri Royce Saayan dan Md Noor Hendrix.

Uji berkata, dia gembira bercampur terharu kerana itulah kali pertama Cico menyanyi di khalayak ramai selepas lima tahun berdepan mas4lah kesihatan.

“Sebelum ini dia cuba menyanyi dah banyak kali. Dia cuba kat biliknya dan dia kata masih rasa s4kit lagi.

“Tapi Sabtu itu datang keyakinan itu. Ramai yang cabar. Saya dah cakap dengan dia, selalu beritahu nak kerja. Kalau tak berani cuba, macamana?

“Agaknya…dia rasa inilah masanya dia kena cuba. Saya t4kut juga kalau dia rasa sakit,” katanya kepada Harian Metro.

Uji turut berterima kasih kepada Royce Saayan dan Md Noor Hendrix yang bagi peransang kepada Cico dan memilih lagu yang tidak terlalu tinggi untuk Cico.

“Alhamdullillah…jika ada tawaran menyanyi untuknya, kenalah berbincang dengan saya dulu.

“Tak boleh ‘push’ atau orang tak boleh ‘expect’ dia macam dululah,” katanya.

Terdahulu Cico atau nama sebenarnya Cico Harahap, 45, dikesan berdepan masalah kesihatan penghujung tahun 2016.

Selain rawatan hospital, Uji turut membawa Cico menjalani rawatan perubatan Islam.

 

Sumber : hm

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *