Uncategorized

Tumpang gembira dengan perkahwinan Hafidz, ini luahan Shuhada Shukri bila bekas suami dah kahwin

Tumpang gembira dengan perkahwinan Hafidz, ini luahan Shuhada Shukri bila bekas suami dah kahwin

BEKAS isteri kepada Hafidz Roshdi tumpang gembira dengan berita perkahwinan pelakon itu dengan Athira Yuhada yang berlangsung pada malam Jumaat.

Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, berkata, perkahwinan itu juga bukti dia tidak pernah menipu dan berharap Hafidz bahagia dengan hajat dan pilihan dibuat.

“Itu hajat dia, pilihan dia. Baguslah. Harap yang terbaik sahaja dalam hidup. “Allah maha baik.

Saya juga tumpang gembira dan perkahwinan ini bukti saya tidak pernah menipu sebelum ini.

Tahniah di atas pernikahan kedua. Harap yang terbaik sahaja dalam hidup,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Dalam pada itu, Shuhada tidak akan menghalang dua anak mereka bertemu Athira malah terbuka dengan perkara tersebut.

Bagaimanapun ia bergantung kepada anak-anak yang setakat ini tidak bersedia bertemu dengan ibu tiri mereka. “Ia bergantung kepada anak-anak.

Saya tidak halang apa-apa tapi setakat ini, mereka memang tidak mahu jumpa sebab mereka tahu semuanya dari mula. Saya okay sahaja,” jelasnya.

Pada pagi Sabtu, Hafidz mengumumkan dia sudah menamatkan zaman duda dengan Athira dengan berkongsi foto dan video pernikahan mereka di Instagram miliknya.

 

Nama Athira sebelum ini menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet apabila dia didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Hafidz dan Shuhada.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.

Pasangan itu bagaimanapun sah berpisah pada 27 Julai lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor menetapkan lafaz yang dibuat Hafidz terhadap Shuhada pada 22 Februari lalu sah. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *