Uncategorized

Reporter’ Melodi Teruk Dikecam, Tanya Siti Nurhaliza Soalan Pasal ‘Perang Dingin’ Neelofa & Fazura

Wartawan muda yang bekerja dengan program hiburan popular, Melodi menjadi sasaran kritikan ramai warganet terutamanya peminat penyanyi nombor satu, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ia selepas tular potongan video yang mempamerkan dirinya temu bual selebriti tersohor berkenaan dalam sebuah acara baru-baru ini.

Menerusi temu bual tersebut, wartawan lelaki tersebut bukan hanya temu bual tentang kerja tetapi ada juga menyelit soalan yang tidak berkaitan.

Warganet mengkritik tindakannya bertanya kepada Siti Nurhaliza berkenaan isu tular baru-baru ini membabitkan selebriti Neelofa dan Fazura.

Meskipun Siti Nurhaliza sudah cuba menolak untuk menjawab soalan yang tiada kena mengena dengannya itu namun wartawan tersebut tetap mahu penyanyi itu memberikan pendapatnya.

Profesional dalam kerja, Siti Nurhaliza bagaimanapun tetap menjawab memberikan sedikit respon neutral terhadap soalan yang diajukan.

Industri seni kita ni bukanlah besar sangat. Kita saling menghargai itu lebih baik daripada saling bercakar atau bergaduh, kan?

Tindakan wartawan tersebut teruk dikritik oleh warganet di Twitter kerana dianggap tidak profesional dan masih mentah dalam dunia kewartawanan.

Sumner: beautifulnara

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *