Tahu Kisah Sebenar, Kakak Haqiem Stopa Buka Cerita Apa Yang Jadi

Kakak kepada ikon permotoran, Haqiem Stopa meluahkan kekecewaan apabila adiknya menjadi mangsa aniaya oleh seorang wanita yang dipercayai bekas kekasih atas tuduhan ugut untuk menyebarkan foto dan video luc4h.
Doa orang dianiaya selalu termakbul, kebenaran pasti terbongkar
Walaupun dihimpit dengan pelbagai spekulasi, wanita itu tetap tidak menyerah memberi sokongan kepada Haqiem dan menegaskan mereka akan membongkarkan kebenaran juga suatu hari nanti.
Dalam pada itu, wanita berkenaan meluahkan kesyukuran kepada mereka yang masih mempercayai dan mendoakan urusan adiknya dipermudahkan.
Malah, dia juga sangat berterima kasih kepada individu yang merancang bagi menganiaya adiknya sehingga maruah mereka sekeluarga tercemar.
“Terima kasih juga kepada yang merancang dan menganiaya dia. Doa irang aniaya ini selalunya makbul.
“Harap korang bersabar dulu. Dia ada sahaja. Satu sahaja saya minta, tolong kuatkan dia, nasihatkan dia, naikkan semangat dia. Ada hikmah disebalik kejadian,”tulisnya dalam hantaran di laman TikTok.
Kakak tahu kisah sebenar
Tidak berpihak kepada sesiapa, wanita itu memberitahu dia tahu cerita sebenar yang berlaku. Lantaran itu, dia meluahkan kekesalan apabila bekas kekasih adiknya sanggup ‘menghukum’ Haqiem Stopa sedemikian rupa.
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, wanita berkenaan turut memberi nasihat kepada golongan lelaki di luar sana supaya tidak terlalu bodoh tergila-gilakan seseorang atas dasar cinta.
“Sebabkan kebodohan kau, kau kena seperti ini. Aku harap benda ini jadi iktibar buat semua orang. Jangan terlalu sayangkan perempuan. Kau akan jadi bangang gila,”ujarnya.
Kenapa perlu jahanamkan hidup dia?
Apa yang dikesali oleh wanita tersebut adalah individu berkenaan yang pernah bertakhta di hati adiknya sanggup berbuat sedemikian sehingga mempersoalkan ‘alasan’ bekas kekasih Haqiem Stopa tidak berbincang terlebih dahulu.
“Kau tak kena gaya (cara). Orang tu (Haqiem) bercinta dengan kau (bekas kekasih) bertahun-tahun, selepas itu bertunang dan dalam masa perhubungan korang ada sahaja yang tidak kena.
“Tapi, apabila kau jumpa dengan jantan lain, kau dah jadi panas dengan budak ni (Haqiem). Setiap kali jumpa, gaduh. Tak mengapa kalau kau pergi ke orang ketiga. Tetapi, kenapa kau perlu jahanamkan hidup dia (Haqiem),”ceritanya.
TAMPIL mempertahankan Haqiem Stopa, wanita bernama Rusdarini Jaafar berharap netizen tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum terhadap adiknya selagi mahkamah belum memberikan keputusan.
Ini selepas Haqiem mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Majistret Selayang, Selangor atas pertuduhan menyimpan gambar dan video luc4h bekas kekasih.
Kata Rusdarini, 36, dia sebagai kakak sahaja mengetahui perkara sebenar namun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung kes adiknya itu.
“Saya ni sebagai kakak Haqiem sahaja yang tahu cerita sebenar dia.
“Orang yang tak tahu memang boleh cakap macam-macam jadi saya mampu bersabar sahaja kerana kes masih dalam siasatan.
“Jadi netizen nak cakap apa cakaplah! Hakikat yang sebenar saya kakak dia sahaja yang tahu apa yang berlaku,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu Rusdarini sempat menitip pesanan buat adiknya agar mengambil iktibar daripada apa yang berlaku
“Untuk Haqiem Stopa saya harap ia jadi pengajaran buat dia.
“Jadi saya harap sebagai kakak semoga dia berubah dan bila bab berkawan ni semoga dia bijak memilih kawan selepas ini,” ujarnya.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI
Terdahulu, Haqiem Stopa mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan menyimpan gambar dan video luc4h bekas teman wanitanya dalam dua telefon bimbit miliknya dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 292(a) dan Seksyen 292 Kanun Keseks4an yang membawa hukuman penj4ra maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Haqiem Stopa yang terkenal dengan jolokan ‘ikon permotoran’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas satu tuduhan menyimpan gambar dan video luc4h bekas kekasihnya, lima hari lalu.
Haqiem Stopa atau nama sebenar Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan didakwa di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang wanita berusia 21 tahun, dalam simpanan galeri dua telefon bimbit miliknya, di sebuah rumah di Rawang di sini pada jam 4.30 petang, 9 Disember lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 292(a) Kanun Kesesksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Farhah Ahmad Hilmi mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd Faiz Fahmy Abdul Razak merayu agar ikat jamin itu ditetapkan pada kadar rendah dengan alasan, Haqiem Stopa hanya bekerja sebagai pencipta kandungan dalam aplikasi media massa dan perlu menjaga ibu bapa yang uzur.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Nur Hafizah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes.
— RedsJakes (@RedsJakes) December 15, 2022
Kredit:Sumber: TikTok @ladypaint86
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: