Hiburan

Tak sanggup berjauhan dan sebulan penggambaran, Alif Satar bawa isteri dan anak-anak menetap di Langkawi

TIDAK mahu berjauhan dengan keluarga, pelakon Alif Satar mengambil keputusan membawa isteri dan anak-anak menetap di Langkawi selama sebulan bagi menjayakan penggambaran filem Pulau.

Menurut Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 32, selepas dimaklumkan penggambaran filem itu diadakan di pulau peranginan berkenaan, dia terus membuat keputusan membawa keluarga untuk menemaninya.

“Bila pengarah telefon dan beritahu ada cerita seram tajuk Pulau dan Alif bersyukurlah sebab ada job.

“Tetapi dia cakap penggambaran di Langkawi selama sebulan. Akhirnya saya buat keputusan untuk ajak sekali isteri dengan anak-anak duduk di Langkawi sepanjang saya lakukan penggambaran,” katanya kepada mStar.

Alif merupakan watak utama bagi filem Pulau

Alif berkata demikian ketika ditemui di sidang media filem Pulau yang diadakan di Concourse, Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Selain Alif, filem Pulau itu turut menampilkan barisan pelakon Amelia Henderson, Alexander Henderson, Wan Hanafi Su dan Ms Puiyi dan bakal ditayangkan dipawagam pada 9 Mac nanti.

Dalam pada itu, Alif berkata, dia dan The Locos diberi kepercayaan oleh pengarah untuk menyanyikan runut bunyi bagi filem berkenaan.

“Pengarah cakap kita perlu kan lagu sendiri untuk filem Pulau. Jadi dia minta Alif dan The Locos untuk menyanyikannya.

“Lagu itu hasil kerjasama dengan Universal Music Malaysia dan lirik bukan kami yang tulis,” katanya.

Alif and The Locos menyanyikan runut bunyi Pulau

Dalam perkembangan lain, pelakon drama Dia Semanis Honey itu memberitahu dia kini sibuk membuat persiapan untuk pentas akhir Anugerah Juara Lagu 37.

Kata Alif, dia sedikit gementar kerana penamilannya kali ini bukan sebagai seorang pengacara tetapi finalis bersama kumpulan The Locos.

Alif and The Locos bertanding dengan lagu Anugerah Terindah pada AJL 37

“Sekarang rasanya baru 50 peratus persiapan yang siap. Tekanan ada sebab kami nak berikan yang terbaik buat peminat dan ini adalah kali pertama Alif berada di atas pentas sebagai sebuah kumpulan.

“Kami ada hadiah untuk peminat yang sentiasa menyokong Alif dengan karya dan perniaagaannya lagi. Jadi saya nak bagi yang terbaik buat semua peminat,” katanya.

Alif and The Locos tersenarai antara 12 finalis yang bakal berentap di pentas kemuncak Anugerah Juara Lagu 37 dengan lagu Anugerah Terindah yang akan berlangsung pada 12 Februari ini.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *