“Tak sangka mat saleh celup yang kami kahwin ni..” ini luahan Rozita Che Wan selepas terkedu dapat soalan ini dari Zain Saidin

Tanggal 11 Disember merupakan tarikh istimewa buat selebriti dan us4hawan, Rozita Che Wan dan suami yang juga pelakon iaitu Zain Saidin, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-9.
Tidak Pernah Putus Asa Dengan Perkahwinan
Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta menerusi hantaran di Inst4.gram menceritakan dirinya yang pernah bergelar ibu tunggal selama 12 tahun, tidak pernah berputus asa dengan perkahwinan.
“12 tahun jadi ibu tunggal, tak pernah give up dengan perkahwinan. Kadang Allah hantar ‘peneman’ untuk uji kesabaran kita. Kalau sabar kekal lah bahtera yang kita bina, kalau tak sabar, itu yang porak peranda.”-Tulis Che Ta.
“Tapi Satu Benda Dia Ulang-Ulang Tanya”
Dalam pada itu, Che Ta turut berkongsi sikap suaminya yang tidak pernah memaksa bab mengemas rumah, memasak, mengawal pergerakannya. Namun, Zain Saidin sangat menitikberatkan soal agama dan sentiasa bertanya adakah Che Ta sudah menunaikan solat.
“Tak pernah suruh kami kemas rumah, tak pernah paksa masak, jauh sekali nak control pergerakan kami. Tapi satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, sayang dah solat?
Tak sangka mat saleh celup yang kami kahwin ni sangat particular tentang agama, Ingat lepas kahwin, nak pakai skirt atas paha je. Ye lahh kita pulak fefeeling macam kahwin dengan mat salleh, tapi terus slowly tutup aurat..Alhamdulillah.”-Kongsi Che Ta.
Sekadar info, Rozita Che Wan telah mendirikan rumah tangga bersama Zain Saidin pada Disember 2013. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana.
Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Sumber: MuraiMy
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih