Semasa

“Tak siapa boleh lawan..”- 7 Tahun Berkahwin, Kata2 Nabila Huda Terhdp Suaminya Jadi Perhatian!!

PELAKON Nabila Huda menyifatkan suaminya yang bernama Mohd Izwan Johar sebagai seorang lelaki yang penyabar dan tiada siapa dapat menandingi kualiti tersebut.

Nabila atau Nur Nabila Huda Suhaimi, 38, berkata, hanya Mohd Izwan seorang tidak pernah jemu melayan semua karenahnya sebagai seorang isteri dan sentiasa bersabar dengan dirinya.

“Dear husb4nd, terima kasih dengan segala cinta dan sayangmu yang sepenuh hati pada saya dan @lilkupukupu (Keisha Laila). Terima kasih kerana bersabar melayan karenah isterimu yang dramatik ini.

“Kesabaran yang ada dalam diri awak itu takkan pernah ada sesiapa akan boleh lawan. Terlalu gagah awak handle seorang wanita bernama Nabila Huda. Kerana kesabaran awak. Alhamdulillah sembilan tahun kita bersama. Tujuh tahun kita sebagai suami isteri,” katanya.

321344150_1764577837258206_940986853834746720_n

Nabila Huda berterima kasih dengan kesabaran suami sepanjang perkahwiann.

Nabila berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya bersem.pena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh pada Ahad lalu.

Pelakon itu turut memuat naik gambar perkahwinan mereka.

Menerusi hantaran itu juga, Nabila memberitahu bahawa dia hanya meng.harapkan kasih sayang serta keikhlasan daripada suami terutama dalam menjaga dirinya dan anak setiap masa.

Tambah Nabila, dia berharap suaminya sentiasa menjaga kesihatan dengan baik memandangkan tidak sanggup melalui hidup tanpanya di sisi.

“Tak ada apa yang saya minta daripada awak, cukup kasih sayang awak yang ikhlas melayan saya dan Keisha macam tuan puteri setiap hari. Masak, buat kerja rumah, basuh baju, lipat baju kami, kemas rumah, buat kami ketawa setiap hari, manjakan kami.

321767517_1211243752802782_6728555689020269475_n

Nabila Huda kongsi kebaikan suami dalam rumah tangga.

“Awak sentiasa ada dalam keadaan bersedia apabila kami perlukan awak. We love you Abi! Please jaga kesihatan awak okay.

“Saya takut kehilangan awak. Saya tak boleh bayang hidup tanpa awak. Saya nak hidup dengan awak sampai akhir hayat saya. Happy anniversary to us sayangku Mohd Izwan Bin Johar,” katanya lagi.

Untuk rekod, Nabila dan Izwan mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2015 dan pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata bersama.

Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani namun mereka bercerai selepas tiga tahun bersama.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Keisha Laila.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button