Nama Aina Abdul sejak akhir-akhir ini begitu mendapat perhatian apabila kemunculannya di satu konsert membuatkan ramai kagum melihat penampilan penyanyi ini yang sangat jelita.
Dia mengayakan dua busana yang begitu menampilkan kelainan buat peminat terhadap dirinya sehingga tular menjadi tumpuan ramai di media sosial. Difahamkan Aina Abdul muncul di Johor Bahru dan dalam segmen trio bersama penyanyi, Khai Bahar dan Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra dipanggil Tokti.
Momen tersebut turut tular di media sosial apabila peminat muzik tempatan tidak menyangka dapat melihat ketiga-tiga penyanyi bersuara padu itu berada di pentas yang sama.
Aina Abdul kongsi foto dengan Tokti
Walau bagaimanapun, umum diketahui Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi yang tidak perlu diperkenalkan lagi bakatnya apabila dia menjadi penyanyi nombor satu negara dan telah membuatkan ramai peminat sering terhibur dengan nyanyiannya yang sentiasa terbaik bagi ramai.
Manakala Aina Abdul pula penyanyi yang diketahui mempunyai bakat yang juga luar biasa. Melihatkan pula, Aina Abdul menyanyi dihadapan Tokti tentu mengundang teruja ramai kerana dua-dua penyanyi ini bukan calang-calang nama dalam dunia nyanyian tanah air.
Walau bagaimanapun, disebabkan video tersebut ada juga yang membandingkan bakat mereka sehingga kebanyakannya juga mengharapkan agar Aina Abdul tidak dibandingkan dengan penyanyi tersohor itu kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersebut.
VIDEO DI TIKTOK BOLEH TEKAN SIN
‘Suara dua dua berbeza…’

‘Tak perlu compare pun suara…’

‘Memang suka…’

Sumber: syor
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih