InfoSemasa

Terkini, Neelofa Selamat Bersalin Anak Sulung. Ini Nama Anaknya

Usahawan dan seIebriti popular, Neelofa selamat meIahirkan b4yi lelaki kira-kira jam 3.44 petang pada 29 Januari lalu.

Menerusi satu kenyataan di laman Faceb0ok, suaminya yang juga pendakwah bebas Haris Ismail meluahkan rasa syukur di atas keIahiran cahaya mata sulung mereka.

“Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat meIahirkan putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang,” tulisnya sebenar tadi.

Menurut Haris, isterinya yang berusia 33 tahun itu kini sedang berehat selain mengucapkan terima kasih di atas doa yang dititipkan oleh semua orang.

“Syukur alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua.

“Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata,” katanya.

Menerusi sebuah lagi posting, pasangan tersebut sepakat memilih nama Muhammad Bilal untuk b4yi mereka yang diharapkan mampu menjadi khalifah sekali gus memberikan kebaikan kepada agama dan negara.

Untuk makluman, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.

Sumber : hangitsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button