“rakan selalu usik ckp wajah saya seperti Shuib tetapi saya…” Tular wajah seperti Shuib, lelaki ini akhirnya tampil bersuara

“Memang rakan selalu usik cakap wajah saya seperti Shuib tetapi saya tak ambil serius sangat sebab itu cuma gurauan.“
Tetapi kali ini tak sangka pula gambar saya akan tular hingga mendapat perhatian ramai termasuk Shuib sendiri,” kata Leftenan Komander Mohamad Khairul Anuar Md Halim.
Mohamad Khairul Anuar, 35, yang juga anggota Malaysian Battalion (MALBATT) 850-9 adalah individu yang tular apabila wajahnya dikatakan seiras pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu.
Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia hanya menyedari gambarnya tular di Facebook (FB) selepas dimaklumkan isteri dan beberapa rakan.
Menurutnya, dia kemudiannya membaca setiap komen di FB berkenaan yang menyamakannya dengan Shuib, namun tidak membalas komen itu kerana menganggap ia adalah perkara biasa.
“Selepas itu ramai pula yang beritahu Shuib sudah memuat naik hantaran di Instagram (IG) dan mencari saya.
Saya sudah menghubunginya melalui IG isteri kerana saya tiada akaun IG.
“Kemudiannya produser sebuah stesen radio ada menghubungi kami dan mencadangkan tarikh dan masa untuk berjumpa Shuib di konti.
“Kebetulan tarikh itu sama dengan perancangan saya mahu membawa keluarga bercuti di Kuala Lumpur.
InsyaAllah kalau diberikan kesempatan dan masa terluang kami akan bertemu,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, niatnya mahu berjumpa pelawak itu kerana untuk meraikan jemputan Shuib selain pertemuan itu boleh mengeratkan silaturahim.
“Saya juga ‘layan’ lawak Sepahtu dan tonton program mereka. Tak sangka juga Shuib sendiri yang mahu bertemu dan menghargai jemputan itu,” katanya yang kini sedang bercuti di kampung halaman di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Bercerita lanjut, Mohamad Khairul Anuar berkata, sebelum ini ada keluarga isterinya memberitahu wajahnya seiras Shuib, malah rakan juga kerap mengusik, malah pernah memanggilnya Shuib.
Katanya, gambar yang tular itu dirakam ketika perbarisan dan mungkin sudut gambar diambil jurugambar dan kerutan wajahnya kerana cuaca ketika itu menyebabkan wajahnya seiras Shuib.
“Saya tak mahu bandingkan wajah sama seperti siapa pun tetapi kalau orang yang komen itu pada saya adalah pandangannya dan saya hormati.
“Saya tak kisah jika mahu komen atau bergurau asalkan ia tidak mengganggu sensitiviti sesiapa,” kata pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di Pangkalan TLDM Lumut.
Terdahulu,pelawajak juga usahawan sensasi, Shuib Sepahtu menarik perhatian ramai apabila memuat naik sekeping foto seorang lelaki yang lengkap berpakaian seragam dalam Instagram miliknya.
Mendakwa wajah lelaki terbabit mirip dengannya, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad meluahkan hasrat berhajat untuk berjumpa dengan individu itu.
“Ya, macam sama tetapi bukan, salah, salah. Ada yang kenal ke abang ini? tolong tag dia, teringin nak jumpa,” tulis Shuib.
Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih 100,000 tanda suka, sekali gus dibanjiri pelbagai komen netizen, termasuklah rakan-rakan artis.
“Tuan! awak diam-diam sudah sertai Malbatt ye,” komen pelakon Hairul Azreen.
“Akhirnya kantoi juga Eib. Aku sudah kata jangan ambil gambar waktu kau dalam pakaian seragam, kan orang sudah dapat cam,” tulis pelawak Ajak Shiro.
“Jangan kerut sangat Tuan Shuib. Tabik!,” ujar penyampai radio Falyq Hikyle dalam ruangan komen.
Dalam pada itu, terdapat juga orang ramai yang menyangka individu tersebut ialah Shuib yang sedang menjalani penggambaran filem kerana wajahnya terlalu serupa.
“Ingatkan Shuib berlakon cerita askar, muka sama,” tulis seorang pengikutnya.
“Memang sebiji, mati-mati aku ingat Shuib berlakon filem ke apa,” komen seorang pengguna Instagram.
“Memang Shuib kan? Mesti tengah berlakon cerita ala-ala Paskal, jangan menipu kami tau, nanti beritahu bila tarikh filem yang akan ditayangkan,” respon pengguna yang lainnya.
LELAKI MIRIP SHUIB MASUK KOMEN
Siapa sangka lelaki yang Shuib cari kerana wajah sama telah perasan posting tersebut dan telah masuk komen dalam posting Facebook Shuib Sepahtu
Bulan lalu, media melaporkan seramai 854 anggota terdiri daripada 84 pegawai dan 770 anggota lain-lain pangkat (LLP) kumpulan pertama MALBATT 850-10 ke Lebanon membawa misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL).
Sumber: HM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: