Pemilik Toyota GR Yaris Kansai mendedahkan pelakon Pekin Ibrahim bukan pemilik sebenar kenderaan itu yang mengalami kemalangan teruk (total loss), baru-baru ini.
Menurut individuterbabit bernama Asnina Muhammad, Pekin atau nama sebenarnya, Mohd. Iznan Ibrahim hanya bertindak selaku duta yang mempromosi syarikat D One Motorsports Sdn. Bhd.
“Saya adalah pengarah syarikat D One Motorsports dan merupakan pemilik kenderaan itu.
“Tiada sebarang pembayaran wang tempahan dan juga tiada sebarang pembayaran deposit daripada Pekin.
“Tiada sebarang dokumen yang diberikan olehnya untuk urusan pinjaman bank bagi pembelian kereta,” katanya Asnina dalam satu kenyataan rasmi dalam Instagram.
Kata Asnina lagi, Pekin hanya menunjukkan minat untuk memberi kenderaan itu sahaja.
“Segala kos daripada proses pembelian kenderaan, servis di Kansai Service dan pembiayaan duta ke Jepun ditanggung oleh pihak kami,” katanya lagi.
Menerusi kenyataan terbabit, Asnina turut menyertakan geran kenderaan sebagai bukti kereta terbabit adalah miliknya.
Terdahulu, kereta itu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Putra Height, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.
Dalam kejadian itu, kereta dipandu oleh rakan Pekin bernama Amirul dan turut dinaiki oleh dua rakan dikenali sebagai abang Arif dan Faiz namun tiada sebarang kehilangan nyawa direkodkan.
Media difahamkan, kereta terbabit yang dibuat khas untuk Pekin turut mendapat sentuhan istimewa oleh pemilik Kansai Service di Jepun dan baru sahaja tiba di Malaysia seminggu yang lalu. –
Sumber : KOSMO
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: