
Gmbar sekadar hiasan.
Seremban: Seramai 18 individu sudah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia dipercayai akibat tersangkut leher pada kain buaian di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan di sini, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, antara yang diambil keterangan itu termasuklah pengasuh dan ibu bapa kepada bayi atau kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan terbabit.
Menurutnya, pihaknya juga sudah mendapat keputusan hasil bedah siasat terhadap kanak-kanak berusia setahun tiga bulan itu.
“Hasil bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pada pagi semalam, punca kematian adalah disebabkan tekanan di leher,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan kertas siasatan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.
Menurutnya, siasatan awal mendapati pusat jagaan kanak-kanak itu juga tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beroperasi sejak penghujung 2019.
“Ketika kejadian seramai 15 bayi dan kanak-kanak berusia enam bulan hingga tujuh tahun termasuk mangsa yang meninggal dunia di pusat asuhan terbabit.
“Pusat asuhan itu dimiliki dan dijalankan dua wanita berusia 29 serta 37 tahun,” katanya.
Semalam, dilaporkan Nour Rania Asyifaa Yuseri ditemui tidak sedarkan diri selepas lehernya tersangkut pada kain buaian pusat asuhan itu.
Dalam kejadian pada 3 petang itu, kanak-kanak terbabit sebelum itu ditidurkan di buaian di sebuah bilik oleh pengasuhnya.
Sumber : harianmetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri