InfoKeluarga

Tragedi, Isteri m4ut, suami p4rah kereta terbaba.s rempuh penghadang jalan

KUANTAN – Seorang wanita maut selepas kereta mewah Mercedes Benz C300 dipandu suami terbabas melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur di sini pada petang Jumaat.

Dalam kemalangan kira-kira jam 5.55 petang itu, mangsa, Roziah Abdullah, 44, yang tercampak keluar cedera parah pada bahagian kepala dan kaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Suaminya, Mohd Fadzli Abd Razak, 53, dilaporkan cedera di dada dan tangan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, pasangan suami isteri dari Dungun, Terengganu itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu pegawai eksekutif sebuah syarikat itu hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri dan melanggar penghadang jalan.

“Hasil siasatan di lokasi mendapati kemalangan berlaku dalam keadaan cuaca hujan dan jalan agak licin.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat manakala pemandu yang cedera dihantar menerima rawatan ke hospital sama,” katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Kamarulzaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : wowberitamy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button