Tragedi, kilang pmbuatan getah sintetik trb4kar, bu.dak 11 thun ren.tung

SUNGAI PETANI – [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah kilang memproses getah sintetik di Kawasan Perindustrian Bakar Arang di sini kira-kira jam 4 pagi Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman @ Abdul Rahim berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Misha Kasih, 11, ditemukan di tingkat atas premis kilang berkenaan.
Menurutnya, mangsa merupakan cucu angkat kepada pemilik kilang yang dijaga sejak kecil selepas ibu kanak-kanak itu pulang ke negara asal.
“Mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada keluarga beragama Islam untuk dijadikan anak angkat secara sah, namun disebabkan hubungan rapat, mangsa banyak menghabiskan masa bersama cucu majikan yang lain,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian, tujuh mangsa lain terselamat termasuk lima ahli keluarga majikan dan dua pekerja.
Difahamkan, kilang terbabit sudah beroperasi sejak hampir 20 tahun lalu, namun sewaktu kejadian ia tidak beroperasi.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat.
Sumber : sinarharianonline
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri