
KOTA SAMARAHAN Seorang wanita disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas terlibat kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di sini awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata mangsa Nur Ain Andin Abdullah, 33 tahun meninggal dunia semasa dirawat di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak pada jam 7.35 pagi.
Katanya, semasa kejadian, mangsa dikatakan membonceng sebuah motosikal apabila dikatakan dilanggar sebuah kereta di Kilometer 24 Jalan Kota Samarahan-Asajaya.
“Hasil siasatan awal, mendapati kemalangan berlaku lebih kurang pukul 6.20 pagi.
“Akibat kemalangan tersebut menyebabkan pembonceng (mangsa) disahkan meninggal dunia, manakala penunggang motosikal mengalami cedera parah dan masih dirawat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Manakala pemandu kereta dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — DayakDaily
Sumber : wowberitamy
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri