Umur sudah cecah 64 tahun, peminat puji Datuk K nampak macho bergaya “pandai TokTi jaga Datuk K..”

KALAU sebelum ini penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sentiasa mendapat perhatian peminat, kali ini suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa pula menjadi tumpuan.
Ramai memuji penampilan Khalid atau lebih mesra dengan sapaan Datuk K yang semakin kacak dan nampak lebih muda berbanding usia sebenarnya iaitu 64 tahun.
Penampilan Datuk K yang sedang bercuti di Dubai bersama Siti, 44, dan dua anak mereka turut menjadi perbualan hangat yang kelihatan seperti orang muda apatah lagi usahawan itu memang bijak berfesyen.
Ada pula dalam kalangan netizen menyangka lelaki bersama Siti adalah anak kepada Khalid memandangkan wajah mereka yang seiras.
Siti bercuti bersama keluarga di Dubai.
“Aku ingat anak Datuk K rupanya itu Datuk K. Alhamdulillah, nampak muda. Semoga Siti dan Datuk bahagia selalu.
“Wow, macho man memang tak boleh dinafikan. Datuk K semakin berusia terserlah ketampanan wajahnya.
“Bila orang lelaki dapat perempuan yang tepat. Makin tua, makin kacak. Samalah dengan perempuan kan. Love sangat.
“Di usia 64 tahun, masih kacak dan rambut juga masih hitam lebat. Terbaiklah!,” tulis netizen.
Dalam pada itu, menerusi video yang dimuat naik itu juga memaparkan momen-momen Siti bersama keluarga sewaktu berada di Dubai baru-baru ini.
Datuk K dipuji kini semakin kacak.
“Alhamdulillah, masa untuk keluarga,” tulisnya.
Terdahulu, Siti dilaporkan membeli sebuah rumah di Dubai dan perkara itu turut disahkan sendiri oleh anak tirinya, Ashraf Khalid.
Asyraf sempat mengucapkan tahniah dan menjadikan Siti sebagai inspirasi dan pemangkin semangat buat dia dan isteri, Tya Ariffin untuk bekerja lebih keras.
Sumber: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: