Info

Wajah selalu disamakan dengan Ira Kazar, ini pula respon Datin Alyah buat ramai yang tak sangka

Penyanyi Datin Alyah meluahkan rasa kesal apabila segelintir warganet yang kerap tinggalkan komen di laman sosial dengan mengatakan wajahnya sama seperti kebanyakkan orang.

Tidak menyebut sebarang nama, biarpun menyedari dalam dunia ada peladuk dua serupa namun Alyah menegaskan dia juga mempunyai wajah dan identiti tersendiri.

“Ini la ya, orang kata manusia ini ada tujuh wajah yang sama… peladuk dua serupa.

Tapi sekali dua boleh la kata muka saya sama dengan sesiapa la ya.

“Tapi kalau setiap kali saya buat video, mesti cakap orang yang sama.

Ya Allah, ya Tuhanku, saya ada mak awak, saya ada ayah awak, saya ada suami, saya ada muka saya sendiri.

“Kalau ikutkan saya ini dah tua dah, lahir pun 1981… terpaksa pula kita ikut muka budak itu padahal kita lahir dulu ya… pening,” kata Alyah menerusi video yang dimuat naik di TikTok

Isteri kepada pemuzik terkenal Datuk Ramli MS ini turut memohon agar semua warganet berhenti mengatakan wajahnya sama seperti mana-mana individu.

“Tak kisah la, boleh saja… yela nak cakap macam mana kan, kejadian yang Allah dah bagi. Tapi kalau dah selalu sangat, upload video semua tag orang lain, tag orang tu.

“Rasa macam aku tak ada kehidupan ke? Aku pun nak orang tahu aku ni Alyah. Alyah you all,” katanya lagi.

Klik SINI untuk lihat video.

Bagaimanapun terdapat warganet yang mengaitkan wajah penyanyi itu dengan isteri kedua pengarah Syamsul Yusuf iaitu Ira Kazar.

Malah ada juga antara warganet yang menegaskan Alyah lebih cantik berbanding individu yang diperkatakan itu. “Saya tengok sekali imbas pun macam Ira Kazar la pula.

“Iras sikit saja… tapi jauh Alyah cantik lagi. Secara jujur. “Datin tetap maintain cantik… jangan risau, lain tak sama,” komen warganet.

Sumber, OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *