Menjijikkan!! Jilat Ayam Goreng Di Kedai Makan, Tikus Siap Melompat2 Bila Dirakam! Ini Respond Pihak KKM terhadap Vde0 yg Tular

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) meminta bantuan orang ramai menyalurkan maklumat berkenaan video menjijikkan menunjukkan seekor tikus yang sedang enak menikmati ayam goreng di dalam pemanas makanan di sebuah restoran.
Video yang diulang ciap oleh KKM itu menunjukkan perkongsian oleh @zoeyhanafiah, memaparkan kejadian menjijikkan tersebut berlaku tepat di hadapannya ketika sedang menikmati makanan di restoran yang tidak dapat dipastikan lokasinya itu.
“Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar segera,” ciap KKM.
Ciapan tersebut mengundang reaksi pelbagai daripada netizen yang berpendapat ada restoran yang tidak menitikberatkan isu kebersihan sekali gus menyokong tindakan KKM untuk bertindak segera.
“Bab kebersihan memang ‘out’ tapi bukan semua, ada yang okay, ” komen Norsafeni.
“Buka 24 jam, 365 hari tanpa masa cuci dan pembersihan. Patut kena bersihkan setiap hari,” ujar Mic Zhu pula.
“Dengan kadar segera, seperti kebanyakan setiap restoran yang beroperasi tetapi kebanyakannya mendapat A bagi tahap kebersihan. Rasuah setiap peringkat,” kata seorang lagi netizen.
Sehingga pukul 12.15 tengah hari ini, ciapan KKM itu telah diulang ciap sebanyak 1,121 kali.
- Video,
Depan mata sndiri, No More mkn mamak ? janjiii pic.twitter.com/HxkhjFbZHY
— ig : zoeyhanafiah (@zoeyhanafiah) December 22, 2022
Antara komen lain netizen,
Record mamak ak pernah makan. Dua kali terkena ulat sampah. Ahahaha. Yg paling rare. Kt bandar sunway. Makan pnye makan. Tp ayam rasa lain skit. Tapi lapar. Time zaman tgh susah sgt dulu. Sekali tgk kt dlm tu ulat byk mcm berenang bai. Hahaha. Lepas tu mamak tu siap ckp bru msk
Please bagitahu dekat mana tempat ni? Biar semua orang aware, da la makanan tu tercemar. Nnt boleh dapat diarrhea, muntah-muntah, even leptospirosis.
Biarlah dia makan jugak… korang jangan lah abuse dia.. bawak dia balik dengan korang and bela lah dia…
Kata anak-anak mont kiarans
Sumber Kosmo./kucingpink
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih