Hiburan

Zaki dan Yamani pernah kena marah dengan Mas Idayu, tak sangka ini pulak reaksi dari Jamal Abdillah

PENYANYI Datuk Jamal Abdillah dilihat hadir bagi memberi sokongan buat dua anaknya iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah yang merupakan finalis pentas akhir Famili Duo pada malam Ahad.

Itu adalah kemunculan pertama Jamal memberi sokongan kepada Zaki dan Yamani sejak mereka bertanding menerusi program itu bermula 18 Disember lalu.

Pada peringkat akhir itu, Zaki dan Yamani mempersembahkan lagu medley tema Anugerah Juara Lagu (AJL) Potret nyanyian asal Akim & The Majistret dan Pelukan Angkasa (Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah).

Apa lebih membanggakan dua beradik itu menerima pujian daripada dua juri tetap Famili Duo iaitu Mas Idayu dan Ajai.

Zaki dan Yamani memberikan persembahan bertenaga.

Mas Idayu berkata, segala teguran yang diberikan sejak minggu pertama menjadikan pasangan adik-beradik itu berhasil menunjukkan peningkatan drastik dalam persembahan mereka.

“Mummy (panggilan Mas) suka progress awak. Dari awal awak menjunam, tapi nampak peningkatan tu.

“Sebab tu kalau mummy marah maksudnya mummy mahu kamu buat yang terbaik. Malam ini kamu sudah pun buktikan kerana memang banyak peningkatan pada persembahan kamu,” katanya.

Malah, Mas turut bertanyakan kepada Jamal sama dia menyimpan perasaan marah sekiranya dia memarahi dan menegur kedua-dua anaknya itu.

Jamal bagaimanapun menunjukkan thumbs up sebagai tanda dia tidak mempunyai sebarang masalah jika anak-anaknya dimarahi atas teguran yang diberikan Mas.

Untuk rekod, selain Zaki dan Yamani, pentas akhir Famili Duo turut menampilkan barisan finalis termasuk Sissy Imann dan Naim Daniel, Wanie Kayrie dan Bella Astillah serta Ayda Jebat dan Fyna Jebat.

Konsert akhir Famili Duo menampilkan dua segmen dengan tema Anugerah Juara Lagu dan lagu bebas.

Malam final itu turut dihiburkan dengan persembahan mantap daripada Nabila Razali dan Khai Bahar yang mempersembahkan lagu duet mereka Selagi Ku Ada.

Famili Duo musim kedua dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee. Ia turut disiarkan secara langsung di saluran TV3.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *