Uncategorized

“Mana Geram Tu Tengok Puas-Puas” – Aedy Asyraf Tunjuk Video Belasah Hafidz Roshdi

Sebelum ini kami ada melaporkan yang pelakon, Hafidz Roshdi didakwa sudah menceraikan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri.

Berita itu sekaligus mengundang rasa kurang senang netizen tambah lagi apabila perkara ini terjadi selepas kecoh isu curang atau ‘penyondol’ seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Selepas kecoh mengenai Hafidz telah ceraikan isterinya, pelakon Aedy Asyraf pula memuat naik satu video yang menunjukkan dia menumbuk bertubi-tubi muka Hafidz dalam gelanggan peninju.

Mana yang geram tu tengok puas-puas

Walau bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada video yang dimuat naik Aedy itu benar-benar terjadi baru-baru ini atau sekadar video lama yang dikongsikan semula.

Kalau korang tengok dekat ruangan komen, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada Aedy kerana mewakilkan kemarahan mereka semua.

Terima kasih memahami perasaan netizen

 

“Konflik sejak tahun lalu.. Athira kacau, buat provokasi” – Adik Shuhada

Semalam, media sosial kecoh mengenai pelakon Hafidz Roshdi yang menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu pada Rabu.

Menurut laporan BH Online, adik Nurul Shuhada yang dikenali sebagai Sofia memaklumkan, pasangan tersebut berdepan masalah rumah tangga sejak tahun lalu selepas kehadiran seorang wanita bernama Athira Yuhada.

Sofia berkata, aktor berusia 29 tahun itu kakaknya dan sudah tidak tinggal bersama sejak minggu ini selain mendoakan yang terbaik buat ibu kepada dua cahaya mata tersebut.

“Jujurnya, konflik bermula sejak tahun lalu. Namun, Athira banyak mempengaruhi Shu dari segi emosi, kacau dan melakukan provokasi sejak akhir ini.
“Hafidz dan Shu tak duduk sebumbung, sejak minggu ini. Sebelum ini, masih boleh tinggal sekali. Kita doakan kebenaran untuk Shu dan anak-anaknya. Semoga Athira dan Hafidz diberikan hidayah oleh Allah,” katanya.

Sebelum itu, dia mengesahkan bahawa Hafidz dan Nurul Shuhada telah bercerai menerusi panggilan telefon dan sedang menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai selepas isterinya mendedahkan aktor berkenaan mempunyai hubungan dengan wanita lain yang dikatakan bekas kekasihnya.

Shuhada Tak Menangis, Tenang Diceraikan Talak Satu

Diceraikan talak satu, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada bersyukur diatas apa yang berlaku serta kemelut rumah tangga mereka selesai meskipun berakhir dengan perpisahan.

Memetik mStar Online, adik kepada Shuhada yang mahu dikenali sebagai Sofia berkata kakaknya itu terbuka hati menerima keputusan tersebut.

“Shuhada dalam keadaan stabil dan dia terima perpisahan itu dengan hati terbuka. Dia tak sedih atau menangis. Bagi pihaknya, dia menerima takdir Ilahu dan bersyukur terhadap apa yang terjadi sehingga membawa kepada perpisahan.

“Sekarang dia sudah boleh move dan tidak lagi terkongkong dengan suami. Dia okay sahaja,” katanya.

Menurut Sofia lagi keputusan untuk berpisah adalah atas persetujuan kedua belah pihak dan ianya keputusan terbaik buat rumah tangga mereka yang tidak boleh diselamatkan lagi.

“Perkara ini (cerai) melibatkan isu kepercayan dalam hubungan. Apabila sampai satu tahap yang melampaui batas ia mungkin tidak boleh diselamatkan lagi. Mereka sama-sama berbincang sebelum ini dan bercerai adalah keputusan terbaik.

“Saya sendiri melihat pengorbanan kakak berdepan dengan isu rumah tangga mereka..bagi pihak kakak, saya juga bersyukur isu ini selesai dan semoga kebahagiaan lebih baik untuk Shuhada dan anak-anak,” katanya.

Netizen doa isteri Hafidz Roshdi kuat, bantu bangkit teruskan hidup

Simpati dengan nasib yang dialami isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, netizen bersepakat memberikan sokongan penuh terhadap wanita itu.

Menerusi status yang diulang siar dalam Instagram Story milik Nurul, seorang warga maya meminta wanita itu menjalankan perniagaan menerusi akaun media sosial.

“@shushukriii pergi bukan akaun TikTok, kami wanita nak beri sokongan pada awak dan anak-anak dekat TikTok dan Instagram.

“Buat sahaja apa-apa perniagaan kami nak sokong,” katanya.

Pada masa sama, netizen mahu Nurul menjadi seorang wanita yang kuat, cekal dan tidak menjadi mangsa penindasan lelaki.

“Jangan biar diri ditindas, kau boleh pergi lebih jauh. Ayuh, bangkit!” ujarnya.

Nurul yang terharu dengan limpahan sokongan tersebut dan mendoakan segala kebaikan kepada semua orang yang menyokongnya.

“Terima kasih Ya Allah, semoga berbaliklah segala kebaikan untuk semua yang mendoakan Shu dan anak-anak,” katanya.

Menerusi satu laporan akhbar semalam, Hafidz didakwa sudah menceraikan isterinya dengan talak satu, bersaksikan keluarga.

Setakat ini, Hafidz masih gagal dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

Kredit: Twitter Aedy Asyraf/beautiful nara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *