Uncategorized

[VIDEO] “Macam Tali Kencing Malam” – Kak KM Hadiahkan Anak Rantai Perut, Komen Netizen Bikin Geli Hati

Usahawan kontroversi Liana Rosli atau lebih mesra disapa sebagai Kak KM baru-baru ini ada meraikan hari jadi anak perempuannya, Bella di sebuah restoran mewah.

Dalam video yang dimuat naik ke TikTok itu, Kak KM bersama ahli keluarganya yang lain turut hadir mengimarahkan majlis ulang tahun ke-20 tahun Bella.

Paling menarik perhatian adalah apabila Kak KM menghadiahkan seutas rantai perut bertakhtakan emas.

Kita ada kejutan untuk kakak Bella. Selamat Hari Jadi! Semoga panjang umur dan murah rezeki, jadi pandai, jadi anak yang berguna dan cerah masa depan.

Namun, perkongsian Kak KM itu menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen gara-gara rantai perut yang jarang diberikan sebagai hadiah itu.

Memang untuk pinggang ke rantai tu?

Aku ni ketinggalan zaman, ada orang bagi hadiah rantai perut.

Duit banyak sampai tak tau nak beli apa gamaknya.

Kalau orang dah banyak duit pinggang pun ada rantai. Selamat Hari Jadi Bella! Jadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.

Kata netizen lagi, Kak KM mempunyai banyak duit sehinggakan tidak tahu untuk membelikan barang sebagai hadiah.

 

Kredit; meledek.co

 

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *