Uncategorized

Netizen marah sambal ditiru, tapi puji McMing tiru burger McD” – Damian Mikhail

Komposer dan penyanyi, Damian Mikhail mempersoalkan tindakan netizen apabila mereka mengecam seorang individu yang meniru produk sambal keluaran usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming (KA).

Menerusi satu hantaran di platform X, Damian berkata warganet mengecam individu tersebut habis-habisan namun memberikan reaksi berbeza apabila KA mengeluarkan resipi McMing yang tular sebelum ini.

Netizen marah gila Sambal nyet khairi tiru K. Aming.
Tp mrk puji McMing tiru prosperity McD. Semua Mekdono je. Amacam? huhu..

— Damian Mikhail Music ???????? (@damian_mikhail) December 29, 2023

Dia berkata, netizen tetap puji KA walaupun resepi McMing itu didakwa diciplak dan di tiru daripada menu burger popular McDonald’s  iaitu Burger Prosperity McD.

“Netizen marah gila sambal nyet Khairi tiru Khairul Aming. Tapi merek puji McMing tiru prosperity McD.

“Semua Mekdono (buat tak tahu) je. Amacam? huhu…,” tulisnya pagi tadi.

Hantaran itu dimuat naik susulan tindakan netizen mengecam seorang individu yang menciplak dan menjual sambal mirip dengan produk keluaran KA.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan perkongsian yang diluahkan oleh bekas ahli kumpulan VE itu.

Netizen marah sambal ditiru, tapi puji McMing tiru burger McD.

Netizen berpendapat bahawa KA hanya berkongsikan resipi bagi burger itu dan tidak menjual apatah lagi mengaku ia merupakan resipi yang dicipta sendiri.

Berkongsi resipi dan menjual dengan meniru tu berbeza…

Dalam pada itu, ada juga yang mengecam tindakan komposer lagu itu mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyokong individu tidak beretika dalam menjalankan perniagaan.

Terdahulu, tular mengenai seorang individu tidak bertanggungjawab mengeluarkan produk sambal yang serupa dengan produk keluaran KA.

Ramai pelanggan berasa tertipu kerana tidak menyedari bahawa mereka telah terbeli produk ciplak yang dinamakan sebagai Sambal Nyet Khairi.

Sumber: X Damian Mikhail Music, TikTok Khairul Aming

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *