Hiburan

[VIDEO] “Ingatkan Aina Abdul Tadi” Dulu Macho Sangat! Ramai Terkejvt Lihat Penampilan Idzu Ketika Konsert Saujana 25 Tahun

Baru-baru ini kami tertarik dengan sebuah video persembahan bekas penyanyi kumpulan nasyid Saujana yang kini bergelar usahawan berjaya, Dr Idzu Baharin. Video yang dimuatnaik oleh saluran Budiey Channel di laman TikTok ini menunjukkan Idzu mengenakan busana yang unik.

Difahamkan Idzu, 42, atau nama sebenarnya Khairul Idzwan Baharin Idzu tampil dalam Konsert Saujana 25 Tahun bertempat di Zepp Kuala Lumpur. Idzu mengenakan busana berwarna hitam dengan taburan kilauan permata mirip seperti gaun.

Lebih unik, Idzu memilih untuk memperincikan di bahagian bahu yang biasa dipanggil puff sleeve yang ternyata begitu elegan. Lihat video di bawah.

VIDEO;

@budieychannel

Baju Dr Idzu, vokalis kumpulan Saujana dapat tepukan di Konsert Saujana 25 Tahun

 original sound – Budiey – Budiey

Di ruangan komen, ternyata ramai yang bercakap mengenai busan yang diapakai oleh Idzu. Ada berkata, busana ini mirip seperti fesyen yang sering dipakai oleh penyanyi Aina Abdul.

“Aina Aabdul dah JD inspirasi artis2 utk pakaian yg WOW”- tulis netizen.

“Kadang-kadang ada bahagian yang memang kena simpan untuk diri sndiri jer.”- tulis netizen lagi

“Ingat Aina tadi”- tambah netizen

Dipetik dari BH Online, sebelum ini, Idzu sering berdepan kutVkan warganet, termasuk dilabel sebagai lelaki lembut.

Bagi Idzu setiap manusia dikurniakan karakter berbeza, namun dia tidak akan sekali-kali mengubah perwatakannya semata-mata mahu memuaskan hati orang lain.

“Saya bukan lembut, sebaliknya lebih kepada manja. Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan kasih sayang, malah saya rapat dengan ibu.

Saya tahu ramai yang melabel saya sebagai lelaki lembut.

Sumber: murai.my

25 tahun lalu dia pernah mencipta fenomena menerusi lagu Sepohon Kayu bersama kumpulan nasyid popular Saujana. Malah, lagu ini masih menjadi siulan hingga ke hari ini.
Disebabkan lagu itu juga, dia berjaya mengumpul peminat tersendiri.

Namun, selepas 10 tahun atau lebih tepat pada 2006, Idzu atau nama sebenarnya Khairul Idzwan Baharin mengambil keputusan untuk ‘berehat’ dari industri muzik tanah air dan memberi fokus kepada kerjaya baharu sebagai doktor perubatan di sebuah hospital.

Kini, Dr Idzu Baharin, 41, kembali menerusi single Ku Serah hasil ciptaannya bersama Ahmad Jeffny yang juga lagu berkonsepkan ketuhanan dengan sedikit eleman R&B. Lagu ini diterbitkan oleh Kharisma Music.

Menurut Idzu Baharin, minat dan cintanya terhadap bidang nyanyian tidak pernah padam. Malah, kerjaya yang pernah menaikkan namanya suatu ketika dahulu dilihat masih relevan seiring dengan empayar perniagaan dibina, Cell Tissue Technology Sdn Bhd.

“Kalau nak kata senyap itu saya lebih fokus kepada memulakan kerjaya dalam bidang perubatan. Selepas beberapa tahun, saya masuk bidang penyelidikan dan pengilangan pula. Boleh katakan sibuk dengan kerja sampailah saya masuk ke dalam bisnes pula. Minat dalam nyanyian itu masih lagi ada cuma aktif macam zaman dulu dah tak ada dah. Tetapi sekarang sejak saya pun dah aktif dalam bisnes, masa itu ada. Jadi bolehlah saya aktif semula dunia nyanyian.

“Masih lagi ada yang ingat dan tanya bila nak keluar single dan album baru serta bila nak buat kemunculan semula. Bagi saya ini adalah hobi yang serius juga. Ia bukanlah kerjaya utama tapi hobi yang serius dan saya suka untuk buat. Perkara ini boleh berlaku serentak. Disebabkan itu saya keluar dengan single terbaru selepas 16 tahun. Ia adalah lagu ketuhanan tapi tak ada ‘hardcore’ nasyid sangat. Lebih kepada santai dan masih pop dengan elemen R&B sikit. Cuma ia bukanlah nasyid.

“Sebelum ini pun saya ada keluarkan beberapa single juga. Cuma tak ada syarikat di belakang saya. Ia lebih kepada nak berseronok saja dalam fasa yang begitu sibuk pada waktu itu. Sekarang dah ada pengurusan saya sendiri dan Universal Music Malaysia pun dah ambil hak pengedar. Saya pun dah ada produksi dengan Kharisma Music yang jaga dari segi muzikal dan produksi. Kiranya ia akan lebih teratur selepas ini,” katanya.

Menurut Idzu Baharin, kemunculannya dengan kembali aktif tidak hanya untuk mengejar kemasyhuran semata-mata, tapi ingin berkongsi karya kepada peminat yang setia bersama dirinya dan Saujana termasuk generasi baru yang mula mengenali mereka.

“Umur saya pun dan lebih 40 tahun. Jadi, bukan lagi untuk kemasyhuran tetapi lebih untuk berkongsi karya dan berjumpa dengan peminat baru yang kenal saya menerusi media sosial. Waktu itu mungkin mereka belum lahir atau masih kecil. Jadi mereka belum kenal sangat saya.

“Bila saya muncul di media sosial mereka berminat untuk lebih mengenali saya. Lagu-lagu masih lagi popular dan mereka pun diajar dengan lagu-lagu kami semasa di sekolah. Mereka rasa dekat tapi tak pasti siapa orang di sebaliknya. Ini adalah kelompok peminat baru yang saya mula nak kenal sejak aktif dalam media sosial.


“Boleh dikatakan, sebab kemunculan sebenarnya lebih kepada mengubat kerinduan. Saya rindu nak menyanyi. Saya juga masih aktif dengan Saujana dan kami baru saja selesai rakaman video muzik Sepohon Kayu (remake). Ia bersempena ulang tahun kami yang ke-25 tahun,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai lagu Ku Serah, Idzu Baharin berkata penghasilan lagu itu lebih kepada mahu mengajak peminat mengimbau kembali perjalanannya sebagai anak seni ketika mula bersama Saujana.

“Lagu ini sebenarnya macam ‘ad-hoc’ saja. Kebetulan saya baru meraikan hari jadi, saya rasa macam lebih matang sekarang. Kematangan itu membuatkan saya rasa macam nak selesaikan beberapa perkara. Bila dah semakin berumur ini sudah tentu perasaan itu lebih kepada nak memperbaiki diri. Saya lebih nak memberi motivasi kepada pendengar. Saya selitkan mesej positif daripada ‘cintan-cintun’ ini. Tapi cinta itu juga bersifat universal bukan hanya antara lelaki dan perempuan tapi antara kita dengan cita-cita atau kehidupan kita.

“Lagu Ku Serah kali ini lebih kepada pengikut yang lama dan kenal saya sejak pertama kali keluar bersama Saujana. Mereka rindukan sesuatu yang baru tapi tak nak ia lari daripada diri saya yang dulu. Saya rasa genre ketuhanan ini sesuai untuk mereka mengimbau balik kenangan lama sebab ramai yang datang balik pada saya dan cakap mereka membesar dengan lagu-lagu Saujana. Suara saya agak signifikanlah untuk kenangan masa kecil mereka.

“Untuk single akan datang pun lebih kurang genre macam ni juga. Ia bukanlah ‘hardcore’ punya nasyid tapi lagu-lagu yang berunsur positif, motivasi, inspirasi, kerohanian dan ketuhanan. Itu akan menjadi panduan untuk masa depan. Saya memang berminat untuk aktif balik tetapi bukan sebagai penyanyi, malah lebih kepada penyanyi dan penulis lagu yang mengutarakan konsep positif,” katanya.

“Saya Hanya Manja, Bukan Lembut

Tiada sekelumit tekanan menghimpit anggota kumpulan Saujana, Dr Idzu Baharin, 38, meskipun sering berdepan kutukan warganet, termasuk dilabel sebagai lelaki lembut.

Bagi Idzu atau nama sebenarnya, Khairul Idzwan Baharin, setiap manusia dikurniakan karakter berbeza, namun dia tidak akan sekali-kali mengubah perwatakannya semata-mata mahu memuaskan hati orang lain.

“Saya bukan lembut, sebaliknya lebih kepada manja. Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan kasih sayang, malah saya rapat dengan ibu.

Saya tahu ramai yang melabel saya sebagai lelaki lembut.

“Namun, semua itu tidak saya endahkan kerana saya hanya ingin menjadi diri sendiri,” katanya.

Idzu berkata, isu itu mula diperkatakan apabila dia aktif di laman sosial. Ada yang menganggap dia menukar penampilan, sedangkan karakternya memang begitu sejak sekian lama.

“Mungkin mereka tidak mengenali saya secara mendalam kerana dahulu, tiada media sosial. Mereka hanya melihat saya menerusi skrin televisyen, video atau akhbar.

“Justeru, ramai yang terkejut dan menganggap saya menukar penampilan apabila aktif di laman sosial. Tidak mengapalah jika mereka berfikiran begitu. Saya terima apa sahaja panggilan yang mereka berikan,” katanya.

Idzu yang tampil bersama Saujana mempertandingkan lagu Satu Dalam Perjuangan pada Anugerah Nasyid 19 (AN19), baru-baru ini, bersyukur penampilannya itu tidak pernah dijadikan isu oleh teman seperjuangannya.

“Mereka tidak pernah menghakimi saya dan langsung tidak berprasangka buruk. Tetapi, tidak pada warganet yang kadang kala berlebihan.

“Alhamdulillah, belum pernah ada penyanyi nasyid yang datang berdepan dan bertanya kenapa karakter saya lembut? Saya menyanyi sejak usia 15 tahun dan mereka lebih kenal siapa saya.

“Saya tidak pernah berkecil hati apabila warganet menghina dan mencemuh. Saya tahu diri saya… Atas alasan itu, saya tidak rasa terhutang untuk menjawab segala bentuk persoalan yang ditimbulkan warganet.

“Syukur, saya tidak pernah tertekan untuk menukar penampilan, malah tanggapan umum tidak pernah membunuh keinginan saya untuk menjadi penyanyi.

“Mungkin kebetulan saya menyanyikan lagu nasyid. Tetapi, saya ada juga menghasilkan dua single pop iaitu Stay dan Percaya, beberapa tahun lalu,” katanya.

Idzu berkata, sebelum ini, tuntutan tugas sebagai doktor di hospital kerajaan menyebabkan dia tiada masa meneruskan minatnya.

Namun, apabila mengusahakan klinik dan pusat kecantikan sendiri, sejak dua tahun lalu, dia sudah boleh mengatur masa dengan baik.

“Tidak dinafikan, saya rindu untuk menyanyi semula. Keinginan itu tidak pernah mati, walaupun saya kurang aktif.

“Dahulu, saya terikat dengan kerja, jadi saya tidak mahu menyusahkan anggota kumpulan yang lain jika tiada masa memenuhi undangan persembahan,” katanya.

Meneruskan minatnya, Idzu merancang untuk mencuba genre berbeza, termasuk merakamkan lagu berunsur positif. Dia juga berhasrat menghasilkan lagu untuk penyanyi lain.

kredit:hmetro, xtra/limauasamboi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *