Uncategorized

Pernah di Puncak Kegemilangan, Kenali Siapa Hamdan Senario, Kisah Yang Tak Ramai Tahu

Dunia hiburan tanah air hari ini dikejutkan dengan pemergian pelawak veteran Hamdan Ramli, 54, .

Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor kira-kira jam 12.50 tengahari tadi.

Pemergian anggota kumpulan Senario itu disahkan rakannya, Azlee Jaafar. Kata Azlee, jenazah arwah Hamdan dijangka akan dibawa pulang ke Ipoh, Perak, petang ini.

Kenali siapa Hamdan Ramli

Memetik artikel orangperak.com, pemilik nama sebenar Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli itu merupakan anak kelahiran Perak.

Dilahirkan di Batu Gajah pada tarikh 1 September 1969, beliau merupakan anak yang keempat dari lapan orang adik-beradik.

Hamdan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Kinta dan kemudian beliau melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putra.

Pada usia 18 tahun iaitu lebih kurang selepas tamat persekolahan, Hamdan pada mulanya aktif dalam bidang pemodelan.

Namun ianya tidak bertahan lama dan kemudian beliau terus berhijrah ke Kuala Lumpur dan pernah bekerja sebagai krew, sound dubbing engineer dan editor di Home Video Distributor (HDV) yang terletak di Damansara Utama.

Pada tahun 1988 sewaktu bekerja sebagai editor di Home Video Distributor (HDV), secara kebetulan pula Hamdan ditempatkan satu bilik dengan Azmeer.

Hamdan yang mana ketika itu hobinya amat suka menyanyi seringkali menyanyi dengan bersahaja di dalam pejabat sehinggakan suaranya didengari oleh pekerja di sana serta Azmeer.

Lantas oleh kerana itulah beliau telah ditawar oleh Azmeer untuk menyanyi di dalam sebuah lagu untuk telemovie RTM pada tahun 1989 yang bertajuk Aku cinta Padamu.

Inilah langkah dan kali pertama Hamdan menjejakkan kaki ke dalam bidang seni yang mana ia telah berlaku dengan secara tidak sengaja.

Setelah beberapa tahun merantau di Kuala Lumpur, Hamdan mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Home Video Distributor (HDV) dan pulang ke Ipoh, Perak.

Pada tahun 1991, Hamdan bekerja sebagai kerani pendaftaran kenderaan untuk AH Motor yang berpusat di Taiping dan beliau ditempatkan di sebuah cawangan di Ipoh, Perak.

Hamdan akhirnya bertemu jodoh dengan seorang gadis dari Batu Kurau, Perak dan mereka telah bernikah pada tahun 1993.

Di sinilah detik perkenalan Hamdan dengan Ilya serta Wahid yang mana mereka berdua adalah rakan sekerja buat isteri Hamdan sebagai artis kebudayaan di Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Pada tahun 1995, Illya mengajak Hamdan untuk menyertai program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan kerana kelebihan Hamdan yang pandai menyanyi.

 

Jadi mereka berdua merancang dan membuat keputusan untuk mencari seorang lagi individu untuk melengkapkan tiga peserta dalam satu kumpulan.

 

 

Bermulanya disinilah terpilihnya Wahid yang menjadi pelengkap kepada mereka bertiga untuk membentuk satu kumpulan yang hebat. Ujibakat Sinaran Pasport Kegemilangan di kawasan Ipoh pada waktu itu diadakan di Hotel Syuen Ipoh.

Sewaktu mereka bertiga datang menghadiri ujibakat, mereka dikehendaki untuk memberi nama kumpulan yang langsung tidak pernah mereka fikirkan sebelum ini.

Oleh yang demikian, nama kumpulan sebagai nama Serba Salah telah diberikan sendiri oleh Hamdan apabila Illya dan Wahid terpinga-pinga mencari idea untuk nama kumpulan mereka pada hari ujibakat tersebut.

Hamdan yang pada masa itu dalam keadaan Serba Salah terus memberi cadangan untuk meletakkan nama Serba Salah sebagai nama kumpulan mereka dan cadangan tersebut terus dipersetujui oleh Illya serta Wahid.

Berkat usaha gigih dan doa daripada keluarga, akhirnya mereka bertiga dari kumpulan Serba Salah telah berjaya menjuarai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1995.

Berapa lama ketika selepas itu, maka wujudlah kumpulan Senario yang mana ia adalah hasil gabungan daripada juara (Shamsul Ghau Ghau) serta naib juara (Lan Pet Pet) Sinaran Pasport Kegemilangan musim pertama dan juara Sinaran Pasport Kegemilangan ke 2 iaitu kumpulan Serba Salah.

Pada Tahun 2014, kumpulan Senario telah dianugerahkan dengan Anugerah Komedi Sepanjang Zaman. Kesemua ahli Kumpulan Senario hadir bersama-sama di Anugerah Lawak Warna 2014 untuk menerima pengiktirafan tersebut.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat, 5 Januari 2024jam 12.50 tengahari.

Sebelum itu Allahyarham ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor, sejak Ahad lalu kerana jangkitan kuman selepas mengalami cirit birit dan sesak nafas.

Allahyarham Hamdan meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, dan empat cahaya mata.

Sumber:orangperak

 

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *