Uncategorized

Shamsul Ghau Ghau jual rumah, wang simpanan RM300,00 demi belajar al-Quran

Selebriti yang kini bergelar pendakwah, Shamsul Ghau Ghau jual rumah dan habiskan wang simpanan RM300,000 demi mengikuti pengajian al-Quran sepanjang 10 tahun menghilangkan diri dari dunia seni.

 

10 tahun hilangkan diri dari dunia seni
Memetik laporan dari Harian Metro, Shamsul atau nama sebenarnya, Shamsul Azahar Aliddin memaklumkan yang dia telah menjual beberapa aset lain demi menyara keluarga selepas tidak mengambil sebarang tawaran kerja dalam bidang seni demi menuntut ilmu.

“Selama tempoh 10 tahun belajar al-Quran duit simpanan saya berjumlah RM300,000 habis digunakan.


“Dua buah rumah yang salah satunya kondominium, kereta dan motor turut saya jual. Semua itu untuk tampung keluarga.
“Contohnya sebulan belanja keluarga saya RM5,000 dan kalau setahun dah jadi RM60,000

“Jadi bayangkan selama 10 tahun tidak terbabit dengan dunia seni, macam mana nak dapat duit. Kenalah guna apa aset yang ada,” katanya

Shamsul Ghau Ghau jual rumah untuk tampung kehidupan sekeluarga

Dia yang kini sudah mendapat tauliah sebagai seorang penceramah berharap agar pintu rezekinya akan semakin terbuka luas selepas ini.

Dia akui pernah mendapat tawaran untuk belajar al-Quran di Mesir namun terpaksa melupakan hasrat tersebut memandangkan anaknya masih lagi belajar.

“Saya hilang kerja dan tiada tawaran dalam industri selama 10 tahun. Tempoh itu memang saya gunakan untuk mempelajari al-Quran.
“Saya dapat tawaran belajar al-Quran di Mesir, tapi hasrat itu terpaksa dilupakan kerana anak saya masih belajar dan ada yang ambil Sijil Pelajaran Malaysia.
“Tujuan ambil tauliah bukan nak riyak, tetapi ingin buktikan sesiapa sahaja boleh belajar al-Quran tanpa mengira had umur. Apa yang penting adalah fokus.
“Alhamdulillah sekarang saya dapat buat kemunculan semula dalam industri seni. Anak-anak pun makin besar, jadi saya perlu mencari rezeki demi kelangsungan hidup,” katanya.

Bercerita tentang perkembangan terbaru, selebriti yang bakatnya dicungkil menerusi Sinaran Pasport Kegemilangan itu memaklumkan yang sedang sibuk mengacarakan program Pentas Marhaban yang bersiaran setiap Sabtu pada jam 9 malam di saluran TV AlHijrah bersama Tilmiz Fahmi.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *